• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Robot Tesla Serang Jurutera dalam Kilang

Robot Tesla Serang Jurutera dalam Kilang

December 27, 2023 By Shawkath Leave a Comment

156
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


SEORANG jurutera perisian Tesla dilaporkan cedera akibat diserang sebuah robot rosak di kilang pembuatan kenderaan elektrik itu di Austin, Texas di Amerika Syarikat (AS). Insiden itu dilaporkan berlaku pada 2021.

Beberapa saksi memberitahu portal Information bulan lalu robot itu memegang dan menusuk masuk 'jari besi' di belakang badan dan lengan mangsa hingga meninggalkan kesan darah atas lantai.

Jurutera itu dikatakan sedang membuat pemprograman perisian kawalan robot untuk ditugaskan memotong komponen kereta daripada kepingan aluminium.

Namun ketika tiga unit robot dinyah aktif, unit robot ketiga didapati masih aktif secara tidak sengaja, sekali gus menyebabkan insiden serangan kira-kira dua tahun lalu itu .

Portal Information dan Daily Mail mendedahkan memperoleh laporan kecederaan yang dihantar kepada pihak berkuasa dan pihak berkuasa kesihatan di Travis County.

Information melaporkan jurutera malang itu mengalami kecederaan 'luka melecet, terpotong atau luka terbuka' di tangan kiri. Bagaimanapun, tahap kecederaan itu dikatakan tidak serius untuk membolehkan pekerja itu mengambil cuti sakit.

Laporan kecederaan yang dihantar kepada Pentadbiran Keselamatan dan Kesihatan Pekerja pula mendakwa hampir satu daripada setiap 21 pekerja di kilang Giga Texas cedera, tahun lalu.

Beberapa sumber dilaporkan memberitahu Information, pihak pengurusan menggesa pengeluaran dilakukan secepat mungkin yang membawa kepada pengabaian aspek keselamatan.

Ada saksi mendakwa beberapa struktur mesin berat seperti kren, tiang besi keluli dan bolong penyaman udara terjatuh berhampiran pekerja di barisan pengeluaran kenderaan.

Malah laporan sama juga mendakwa ada pekerja jatuh sakit akibat terdedah kepada bahan toksin seperti amonia. Tidak kurang juga buku lali pekerja tersangkut di bawah kart bergerak, kepala pekerja terkena besi dan ada perlanggaran forklif dengan petugas.

Foto utama dipaparkan di atas adalah tangkap layar yang diambil daripada klip video YouTube Tesla.

SUMBER: NYPost | Bernama - FMT

Related

156
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, Kilang Giga Texas, robot tesla, Tesla

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • GGR Motor Perkenal Prototaip Motosikal EV Pantera R1 dan R2 Buatan Malaysia, 300km Sekali Cas
    GGR Motor Perkenal Prototaip Motosikal EV Pantera R1 dan R2 Buatan Malaysia, 300km Sekali Cas
  • Solfili Lancar Lampu Belakang LED Baharu untuk Yamaha NMAX V2 & XMAX V2
    Solfili Lancar Lampu Belakang LED Baharu untuk Yamaha NMAX V2 & XMAX V2
  • #JMS2025: Nissan Elgrand Tampil Dengan Konsep Maglev!
    #JMS2025: Nissan Elgrand Tampil Dengan Konsep Maglev!
  • Proton Saga 2026 Serba Baharu Tayang kepada Umum, Tampil dengan Identiti Berbeza
    Proton Saga 2026 Serba Baharu Tayang kepada Umum, Tampil dengan Identiti Berbeza

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev