• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Daihatsu Hentikan Pengeluaran Kenderaan Hingga Akhir Januari 2024!

Daihatsu Hentikan Pengeluaran Kenderaan Hingga Akhir Januari 2024!

December 26, 2023 By Fikri Leave a Comment

24
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


PENGELUAR kei-car dari Jepun, Daihatsu dilaporkan menghentikan pengeluaran kenderaan di empat kilang Jepun hingga akhir Januari 2024.

Perkembangan terbaharu itu adalah susulan laporan penyelewengan ujian keselamatan yang turut melibatkan model jenama Toyota dan Perodua.

Penangguhan pengeluaran dilakukan Daihatsu itu bakal menjejaskan kira-kira 8,000 syarikat vendor, yang mana pengeluar itu berjanji akan memberikan pampasan kepada semua 423 syarikat vendor tempatan.

Pada minggu lalu, Kementerian Pengangkutan Jepun menyerbu Ibu Pejabat Daihatsu di Osaka berikutan pendedahan manipulasi dan penyelewengan ujian keselamatan yang dibuat sejak 1989.

Siasatan pihak ketiga mendapati terdapat 174 isu sudah dikenal pasti melibatkan 64 unit model termasuk beberapa model di bawah jenama Toyota.

Menurut Toyota, siasatan dilakukan pihak ketiga itu mendapati unit kawalan beg udara yang digunakan dalam ujian perlanggaran adalah berbeza berbanding unit digunakan pada kenderaan yang dijual kepada orang awam.

Perodua

Walaupun unit ujian lain didapati memenuhi piawaian industri, keputusan ujian perlanggaran sisi bagi model Daihatsu Cast dan Toyota Pixis disyaki tidak mematuhi undang-undang.

Sementara itu, Reuters melaporkan pengeluar automotif Malaysia, Perodua sudah menyambung semula pengeluaran kenderaan jenama itu untuk pasaran tempatan selepas mendapat kelulusan kawal selia.

SUMBER: Reuters| TheStar 

Related

24
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, Daihatsu, Perodua, Skandal Daihatsu, Skandal Ujian Keselamatan Daihatsu, Toyota

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Yamaha TMAX 560 25th Anniversary ABS 2026 Jepun Tampil Ciri Unik, Harga RM39.7k
    Yamaha TMAX 560 25th Anniversary ABS 2026 Jepun Tampil Ciri Unik, Harga RM39.7k
  • EV Nasional Pertama Malaysia Perodua QV-E 2026 Lancar, Harga RM80k dengan Model Bateri 'Sewa'
    EV Nasional Pertama Malaysia Perodua QV-E 2026 Lancar, Harga RM80k dengan Model Bateri 'Sewa'
  • DURABIO™ - Usaha Honda Untuk Alam Sekitar, Guna Pada Cermin Motosikal X-ADV, Fairing NT1100
    DURABIO™ - Usaha Honda Untuk Alam Sekitar, Guna Pada Cermin Motosikal X-ADV, Fairing NT1100
  • Honda Malaysia Rai Ulang Tahun ke-25 dengan Hadiah Bernilai hingga RM1 Juta!
    Honda Malaysia Rai Ulang Tahun ke-25 dengan Hadiah Bernilai hingga RM1 Juta!

Pandu Uji

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my