• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Polis Tahan Pemandu Teksi Curi Jam Tangan Penumpang Mabuk

Polis Tahan Pemandu Teksi Curi Jam Tangan Penumpang Mabuk

December 26, 2023 By Fikri Leave a Comment

FacebookTwitter


SEORANG pemandu teksi Thailand berusia 44 tahun ditahan kerana didakwa memandu berjam lama semata-mata menunggu penumpangnya dari Jepun yang mabuk tertidur sebelum mencuri jam tangan yang bernilai jutaan baht.

Polis Thailand berkata, suspek pemandu dikenali sebagai Boonlert itu ditahan atas tuduhan mencuri.

Seorang ahli perniagaan Jepun yang mabuk menahan teksi untuk perjalanan sejauh 1km ke tempat penginapannya di Jalan Soi Thong Lor 13 pada malam 17 Disember lalu. Penumpang itu melaporkan jam tangannya hilang selepas dia bangun kira-kira jam 5 pagi, keesokan harinya (18 Disember).

Berdasarkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV), polis mengesyaki pemandu teksi itu berkeliaran di jalan raya kira-kira dua jam setengah sebelum menghantar penumpang tersebut ke tempat perhentian.

Pemandu teksi awalnya menafikan jenayah itu, tetapi kemudian mengaku selepas polis mendapati suspek menggunakan telefon bimbit untuk menghantar gambar jam tangan dicuri itu kepada kekasihnya selain mencari maklumat di Internet mengenai jenama jam berkenaan.

Suspek juga menerima pemindahan wang bernilai 330,000 baht (RM44,110) daripada seorang pembeli jam tangan.

Selepas ternampak dan mahukan jam tangan tersebut, suspek kemudian berpusing-pusing menunggu mangsanya yang mabuk tidur. Dia kemudian membawa penumpangnya ke destinasi, sebelum menanggalkan jam tangan dari pergelangan tangan , membangunkan mangsa dan membiarkannya keluar dari teksi.

Jam tangan tersebut diambil semula dari pembeli dan dikembalikan kepada pemiliknya.

SUMBER: BangkokPost

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, bangkok, Pemandu Curi Jam Tangan Penumpang, pemandu teksi, Pemandu Teksi Curi Jam Tangan

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • XPENG P7 Disambut Hangat, 10 Ribu Tempahan 7 Minit, Jarak Lebih 700 km, 0-100 km/j 3.7 saat!
    XPENG P7 Disambut Hangat, 10 Ribu Tempahan 7 Minit, Jarak Lebih 700 km, 0-100 km/j 3.7 saat!
  • Modenas Z15GT 2026 - Supermoped Buatan Malaysia Lancar dengan DNA Kawasaki!
    Modenas Z15GT 2026 - Supermoped Buatan Malaysia Lancar dengan DNA Kawasaki!
  • BSH Lancar Honda RS-X Winner Tricolor Edition dalam Unit Terhad, Harga RM10.2k!
    BSH Lancar Honda RS-X Winner Tricolor Edition dalam Unit Terhad, Harga RM10.2k!
  • Miliki MPV Elektrik Mewah Denza D9 dengan Tawaran Naik Taraf Hingga RM15,000!
    Miliki MPV Elektrik Mewah Denza D9 dengan Tawaran Naik Taraf Hingga RM15,000!

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev