• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Temerloh Bakal Jadi Hab Permotoran Pahang

Temerloh Bakal Jadi Hab Permotoran Pahang

December 26, 2023 By Fikri Leave a Comment

FacebookTwitter


KERAJAAN Pahang bersetuju menjadikan Temerloh sebagai hab permotoran di negeri itu.

Menteri Besar Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, Kerajaan Negeri secara umum bersetuju dengan cadangan itu dan akan memperhalusi segala aspek pelaksanaan;

Kalau tiada masalah, ada tapak untuk projek litar dan sebagainya kita akan laksanakannya. tetapi peringkat awal ini kita perlu ada satu kajian menyeluruh dan Kerajaan Negeri bersetuju buat di Temerloh.

"Pada dasar, kita memang bersetuju menjadikan Temerloh sebagai hab permotoran negeri Pahang."

Beliau berkata demikian sempena majlis penutup Karnival Permotoran 2 Roda Temerloh 2023 yang berlangsung meriah di Dataran Temerloh, 24 Disember lalu.

Karnival julung kali di Pahang itu berlangsung dua hari pada 23 Disember (Sabtu) dan berakhir 24 Disember (Ahad ) lalu dengan dihadiri lebih 15,000 peserta dan pengunjung dari seluruh negara.

Wan Rosdy berkata, Kerajaan Negeri juga bersetuju menambah peruntukan program kepada RM100,000 pada tahun depan.

Kerajaan Negeri menerusi Belanjawan 2024 yang baru dibentangkan memperuntukkan RM720,000 kepada 3,600 anak muda berusia 18 hingga 21 tahun untuk mengambil lesen memandu (kereta dan motosikal).

"Karnival permotoran ini diadakan bagi mengumpulkan peminat dunia permotoran di samping memberi kesedaran keselamatan jalan raya kepada golongan muda."

"Karnival ini juga dapat memberi alternatif kepada kanak-kanak dan belia supaya melakukan aktiviti bermanfaat selain bergantung gajet semata-mata."

Dalam aspek lain, karnival berkenaan juga dapat merancakkan ekonomi setempat dan mempromosi eko-pelancongan Temerloh dengan menjadikan ia acara tahunan di daerah itu.

SUMBER: Bernama

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail, Hab Permotoran, Karnival Permotoran 2 Roda Temerloh, lesen memandu, litar, Pahang

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
    Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
  • General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
    General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
  • Kymco AK550 Premium Kini CKD,  Harga Lebih Murah di Malaysia
    Kymco AK550 Premium Kini CKD, Harga Lebih Murah di Malaysia
  • Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460
    Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460

Pandu Uji

Cabaran pandu uji Chery Tiggo PHEV sejauh 1,200km

#PanduUji: Chery Tiggo 8 PHEV, Tiggo 7 PHEV Langsai 1,200km Setangki Minyak Penuh!

#PanduUji: Inilah Cara Menang Cabaran Pandu Proton e.MAS 5 Paling Jimat, Hanya 9.6kW/100km!

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my