• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / BYD Lebar Sayap ke Eropah, Mahu Bina Kilang di Hungary!

BYD Lebar Sayap ke Eropah, Mahu Bina Kilang di Hungary!

July 13, 2024 By Abang Hirata Leave a Comment

FacebookTwitter


BYD atau nama panjangnya 'Build Your Dreams' semakin agresif dalam melebarkan sayap ke peringkat antarabangsa.

Terbaharu, BYD mengumumkan rancangan membina kilang kenderaan tenaga baharu (NEV) di Szeged, Hungary. Kilang dengan kemudahan canggih itu dikatakan pertama seumpamanya dibina pengeluar automotif China di Eropah, dan proses pengeluaran turut melibatkan metod automasi tinggi.

Logo

Fasiliti itu akan dibina bertahap dan dijangka mewujudkan ribuan peluang pekerjaan, sekali gus melonjakkan ekonomi setempat dan membantu rantaian pembekalan tempatan.

Menariknya, penubuhan kilang itu juga dijangka menggalakkan pertukaran teknologi dan inovasi antara China dan Hungary. Ini kerana Hungary terletak di tengah Eropah dan menjadi hab pengangkutan penting dengan infrastruktur baik.

Hunary juga menjadi lokasi pengeluaran kereta penumpang beberapa jenama premium Eropah. Sebagai rujukan, BYD bukan saja mengeluarkan kereta elektrik, tetapi juga syarikat multinasional dalam bidang teknologi tinggi.

BYD diasaskan pada 1995 sebagai pengeluar bateri boleh cas dan kini mempunyai perniagaan dalam bidang automotif, alihan rel, tenaga baharu dan elektronik.

BYD Auto pula ditubuhkan pada 2003 dan kini menumpukan pada pembangunan kenderaan hibrid plug-in (PHEV) dan bateri elektrik (BEV). Pada Ogos lalu, BYD mengumumkan jumlah pengeluaran NEV sudahpun mencecah lima juta unit, diwakili Denza N7.

Denza pula ialah pengeluar usahasama antara BYD Auto dan Mercedes-Benz Group.

BYD mengambil masa 13 tahun untuk mendapatkan jualan sejuta unit NEV dan dalam 18 bulan selepas itu, jualan NEV mencecah tiga juta unit serta tambahan sembilan bulan untuk jualan kelima juta.

BYD menawarkan pelbagai jenis EV, dari segmen-C hingga -E seperti Han, Tang, Atto 3, Seal dan Dolphin. Daripada lima jenama itu tersebut, Atto 3, Dolphin dan Seal sudah pun berada di pasaran tempatan.

Kelebihan EV BYD terletak pada teknologi Bateri 'Bilah' (Blade Battery) yang cekap dan selamat selain harga menarik seperti ditunjukkan pasaran tempatan.

BYD memaklumkan ada tiga model baharu dirancang dilancarkan dalam tempoh 12 bulan akan datang.

BYD Seal
BYD Seal 2023.01
BYD Seal 2023.02
BYD Seal 2023.03
BYD Seal 2023.04
BYD Seal 2023.05
BYD Seal 2023.06
BYD Seal 2023.07
BYD Dolphin
BYD Dolphin 2023.01
BYD Dolphin 2023.02
BYD Dolphin 2023.03
BYD Dolphin 2023.04
BYD Dolphin 2023.05

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda4 Tagged With: Auto Terkini, Build Your Dreams, BYD, BYD Auto, BYD Dolphin, BYD Hungary, BYD Seal

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
    #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
  • #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
    #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
  • Kawasaki Nilai Jadi Outlet All Star 4S ke-10 Dibuka di Malaysia
    Kawasaki Nilai Jadi Outlet All Star 4S ke-10 Dibuka di Malaysia
  • Yamaha BOLT (2020) Lancar dengan Penuh Gaya, Harga Bermula RM39k
    Yamaha BOLT (2020) Lancar dengan Penuh Gaya, Harga Bermula RM39k

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev