• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / #TahukahAnda: 10 EV Pilihan Indonesia 2023, Hyundai IONIQ 5 Paling Laris

#TahukahAnda: 10 EV Pilihan Indonesia 2023, Hyundai IONIQ 5 Paling Laris

December 22, 2023 By Fikri Leave a Comment

FacebookTwitter


JUMLAH kenderaan elektrik bateri (EV) sepanjang Januari-November 2023 mencecah 13,916 unit di Indonesia.

Angka berkenaan meningkat hampir dua kali ganda berbanding tempoh sama tahun lalu sebanyak 7,923 unit. Berdasarkan data Gabungan Industri Automotif Indonesia (Gaikindo), penjualan EV agak konsisten, dan daripada senarai 10 jenama terbesar, sebahagian model adalah dari China dan Korea Selatan.

Berdasarkan data, jualan borong atau dari kilang kepada pengedar kebanyakannya diraih dua model dikeluarkan dalam negara, iaitu Hyundai Ioniq 5 sebanyak 6,552 unit dan Wuling Air EV (4,784 unit).

Menariknya, Wuling turut melancarkan model Air EV versi murah, iaitu Air EV Lite pada Pameran Auto Antarabangsa Gaikindo (GIIAS) 2023, Ogos lalu.

Di tempat ketiga dan keempat dimiliki BMW i7 xDrive40 (533 unit) dan Toyota bZ4X (476 unit). Dua model ini ialah kereta segmen mewah yang berharga mahal.

BMW i7 xDrive40 dijual pada harga Rp2.4 bilion (RM718,430), manakala harga Toyota bZ4X bermula 1.19 bilion rupiah (RM356,240). Ini bermakna segmen kereta elektrik (EV) premium di Indonesia yang dijual pada tangga harga melebihi Rp1 bilion (RM 299,140) terus berkembang.

Seterusnya, pendatang baharu dari China, Neta V yang berjaya menghantar 100 unit kepada pelanggannya. Neta ialah pemain industri baharu EV yang mula bertapak secara rasmi pada GIIAS 2023.

Sepanjang 2023, pilihan EV di Indonesia terus meningkat dengan tidak kurang 17 model baharu dilancarkan dalam pelbagai model dan harga. Malah bukan saja pengeluar Eropah, banyak pengeluar dari China turut membawa masuk EV baharu masing-masing ke negara jiran itu.

Data jualan EV Januari-November 2023 di Indonesia

  1. Hyundai IONIQ 5: 6,552 unit
  2. Wuling Air EV: 4,784 unit
  3. BMW i7 xDrive40: 533 unit
  4. Toyota bZ4X: 476 unit
  5. Hyundai Ioniq 6: 260 unit
  6. DFSK Gelora E: 196 unit
  7. Lexus RZ 450e: 179 unit
  8. MINI Electric: 135 unit
  9. BMW i7 xDrive40 Limousine: 119 unit
  10. Neta V: 100 unit

SUMBER: Kompas.com

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda4 Tagged With: Auto Terkini, autotainment, BMW xDrive 40, EV, Hyundai IONIQ 5 2023, Indonesia, Roda4, tahukah anda, Toyota bZ4X BEV (2023), Wuling Air EV

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Mitsubishi Destinator 2026 Raih 5-Bintang Asean NCAP 2025!
    Mitsubishi Destinator 2026 Raih 5-Bintang Asean NCAP 2025!
  • Tempahan Proton Saga 2026 Serba Baharu Kini Dibuka, Harga Mula RM40k!
    Tempahan Proton Saga 2026 Serba Baharu Kini Dibuka, Harga Mula RM40k!
  • BYD Shark 6 Bakal Lancar di Malaysia? Trak Pikap Pertama Guna Petrol dengan Teknologi PHEV!
    BYD Shark 6 Bakal Lancar di Malaysia? Trak Pikap Pertama Guna Petrol dengan Teknologi PHEV!
  • #TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?
    #TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu Uji

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my