• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Genesis G80 2024 Tampil Dengan Ciri Baharu, Gril Depan Kekal Menyerlah

Genesis G80 2024 Tampil Dengan Ciri Baharu, Gril Depan Kekal Menyerlah

July 20, 2024 By Abang Hirata Leave a Comment

FacebookTwitter

DI ANTARA  jenama yang paling berani dalam mempersembahkan rekaan depan menonjol ialah Genesis dari Korea. Lihat sahaja jeriji yang penulis lihat seperti bentuk hati (love) atau secara rasminya dipanggil Crest Grille.

Terbaru Genesis memperkenalkan sedan mewah G80 yang dipertingkatkan dan model penukaran (model change) pertama dalam tempoh hampir empat tahun selepas generasi ketiga diperkenal pada Mac 2020.

G80 membawa falsafah rekabentuk Athletic Elegance. Jeriji depan walaupun nampak seperti corak dawai pagar namun dibuat kemas dengan jaring berkembar dan diberi nama rasmi Two-Line Crest Grille.

Lampu utama dua baris atau Two-Line dilengkapi teknologi Micro Lens Array (MLA). Rim lima bilah berkembar saiz 20 inci menyerlahkan gaya sporti dan seperti kipas kapal terbang.

Difuser belakang menyorokkan muncung ekzos dan berbentuk V yang dipengaruhi Crest Grille. Secara keseluruhannya, G80 membawa unsur berlawanan di mana bentuk badan klasik diadun bersama gaya sporti.

Jika bahagian luar sarat dengan pelbagai unsur, lain pula pada bahagian dalam dengan konsep Beauty of White Space yang menenangkan dan seperti ruang tamu kediaman.

Skrin OLED dengan lebar 27 inci menggabungkan meter dan AVN (Audio, Video, Navigasi) dalam bentuk melintang dan panjang.

Tombol Shift By Wire (SBW) seperti kristal menaikkan lagi ciri mewah selain genggaman yang selesa.

Jika G80 standard sudah nampak sporti, G80 Sport pula lebih menyerlah dengan jaring G-Matrix dua lapis dan liang kemasukan udara sisi lebih besar.

Rekabentuk rim juga berbeza dengan corak bilah unik dan sama seperti model sedia ada.

Bahagian dalam G80 Sport ditawarkan dengan beberapa perkakasan istimewa seperti stereng bentuk D dan pilihan kemasan karbon merah atau perak.

Kedua-dua G80 dan G80 mempunyai sepuluh warna termasuk pilihan baharu Brooklyn Brown dan empat pilihan warna dalaman.

Sedan mewah ini digerakkan dua pilihan enjin iaitu 2.5 liter turbo dengan kuasa 304 ps dan 422Nm. Sebuah lagi enjin ialah 3.5 liter turbo dengan kuasa 380 ps dan tork 530Nm.

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Genesis, Genesis G80, Genesis G80 2024

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Honda Forza 125 2026 Perkenal Warna Baharu, Edisi Khas di Eropah
    Honda Forza 125 2026 Perkenal Warna Baharu, Edisi Khas di Eropah
  • Morbidelli C252V 2025 - Cruiser 250cc dengan Enjin V-Twin!
    Morbidelli C252V 2025 - Cruiser 250cc dengan Enjin V-Twin!
  • Proton Saga Serba Baharu Catat 10,000 Tempahan Dalam 5 Hari, Satu Setiap 43 Saat!
    Proton Saga Serba Baharu Catat 10,000 Tempahan Dalam 5 Hari, Satu Setiap 43 Saat!
  • MBSA Mula Tunda Kenderaan Terbiar Januari 2026
    MBSA Mula Tunda Kenderaan Terbiar Januari 2026

Pandu Uji

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my