• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / Toyota bZ4X 2024 Dinaik Taraf di Jepun dengan Masa Cas Lebih Baik, Jimat Bateri, Harga Mula RM179k

Toyota bZ4X 2024 Dinaik Taraf di Jepun dengan Masa Cas Lebih Baik, Jimat Bateri, Harga Mula RM179k

February 19, 2024 By Abang Hirata Leave a Comment

FacebookTwitter


TOYOTA bZ4X sudah lama diuar-uarkan untuk memasuki pasaran tempatan, tetapi masih belum kunjung tiba. Kenderaan elektrik (EV) itu sudahpun dijual di negara jiran Thailand dan Indonesia.

Mungkin ada sebab kukuh yang mana Toyota di Jepun sudah mempertingkat keupayaan dan kegunaan bZ4X. Boleh jadi, bZ4X pasaran tempatan kelak dalam versi terkini. Antara penambahbaikan dibuat adalah tempoh pengecasan, penjimatan bateri dan ciri.

Tempoh Pengecasan Lebih Baik

Jika kenderaan enjin pembakaran dalaman (ICE) dibiasakan dengan istilah 'panas enjin', bateri EV pula memerlukan kadar pemanasan bersesuaian.

Bateri Toyota bZ4X terbaharu mempunyai prestasi pemanasan lebih baik dalam cuaca sejuk, sekali gus mengurangkan masa pengecasan hingga 30 peratus.

Penjimatan Tenaga Bateri

Melalui pengaktifan mod Auto (Eco) secara automatik, penggunaan tenaga elektrik menjadi lebih baik. Penjimatan dicapai menerusi pengurangan kebergantungan kepada penyaman udara yang menggunakan banyak kuasa bateri dan penumpang dipanaskan secara terus melalui pemanas kerusi, stereng dan pelbagai lagi.

Kawalan penyaman udara turut dioptimum bagi mengurangkan penggunaan kuasa, termasuk di luar mod Auto (Eco). Sensor kelembapan dipasang bagi mengesan kabus pada cermin depan dengan mengawal pemasaan pengambilan udara luar lebih tepat.

Satu lagi fungsi praktikal adalah tambahan status pengecasan pada meter. Pemandu dapat mengetahui tempoh pengecasan daripada kadar semasa hingga 80 peratus.

Sistem turut memaparkan jarak pemanduan boleh digunakan pada kadar pengecasan semasa berdasarkan penyaman udara dihidupkan atau dimatikan.

Ciri

Varian Z dilengkapi kerusi penumpang boleh laras elektrik lapan tetapan, kerusi belakang dengan pemanas dan braket gerbang roda hitam.

Lampu kecemasan (amaran kenderaan dekat di belakang) dijadikan ciri asas semua varian.

Varian G dilengkapi rim aluminium 18 inci, unit infotainmen 12.3 inci definisi tinggi (HD) dan pelbagai lagi, manakala varian G FWD boleh dipandu sejauh 567km mengikut Kitaran Ujian Kenderaan Ringan Harmoni Sedunia (WLTC).

Varian dan Harga Toyota bZ4X Jepun

  • bZ4X G FWD - 5,500,000 yen (RM178,690)
  • bZ4X G 4WD - 6,000,000 yen (RM194,940)
  • bZ4X Z FWD - 6,000,000 yen (RM194,940)
  • bZ4X Z 4WD - 6,500,000 yen (RM211,190)

Dalam perkembangan lain, Toyota Australia mengesahkan pelanggan di sana bakal ditawarkan bZ4X terbaharu yang mula dijual Februari ini.

Toyota bZ4X Australia ditawarkan dalam dua tetapan kuasa dan pacuan, iaitu 150kW/266Nm FWD dan 160kW/337Nm 4WD. Kedua-duanya dilengkapi bateri 71.4kWj dengan pengecasan AC 11kW dan DC 150kW.

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Roda4 Tagged With: EV, Kenderaan Utiliti Sukan (SUV), Prosedur Ujian Kenderaan Ringan Harmoni Sedunia (WLTP), Roda4, SUV EV, Toyota, Toyota bZ4X

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Yamaha TMAX 560 25th Anniversary ABS 2026 Jepun Tampil Ciri Unik, Harga RM39.7k
    Yamaha TMAX 560 25th Anniversary ABS 2026 Jepun Tampil Ciri Unik, Harga RM39.7k
  • EV Nasional Pertama Malaysia Perodua QV-E 2026 Lancar, Harga RM80k dengan Model Bateri 'Sewa'
    EV Nasional Pertama Malaysia Perodua QV-E 2026 Lancar, Harga RM80k dengan Model Bateri 'Sewa'
  • DURABIO™ - Usaha Honda Untuk Alam Sekitar, Guna Pada Cermin Motosikal X-ADV, Fairing NT1100
    DURABIO™ - Usaha Honda Untuk Alam Sekitar, Guna Pada Cermin Motosikal X-ADV, Fairing NT1100
  • Honda Malaysia Rai Ulang Tahun ke-25 dengan Hadiah Bernilai hingga RM1 Juta!
    Honda Malaysia Rai Ulang Tahun ke-25 dengan Hadiah Bernilai hingga RM1 Juta!

Pandu Uji

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my