• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / 70 Peratus dari 881 Orang Hilang Upaya Kembali Memandu

70 Peratus dari 881 Orang Hilang Upaya Kembali Memandu

December 20, 2023 By Fikri Leave a Comment

FacebookTwitter

SEBANYAK 70 peratus dari 881 individu yang hilang upaya berpunca dari angin ahmar, lumpuh atau kehilangan anggota badan kembali memandu dengan selamat menerusi program rehabilitasi memandu dan menunggang motosikal atau Return to Drive pada tahun ini.

Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Hasbi Habibollah berkata sebanyak 65 peratus daripadanya merupakan penunggang motosikal dan selebihnya pemandu kereta yang menjalani program rehabilitasi di Pusat Rehabilitasi Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) dengan kerjasama Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

Melalui program ini, individu terlibat perlu menjalani penilaian pra-memandu dan menunggang motosikal menggunakan simulator memandu dan latihan atas jalan menggunakan kenderaan diubah suai.

Laporan hasil penilaian Fit to Drive, ia memenuhi standard serta keperluan JPJ.

Dengan laporan itu, pegawai perubatan Pusat Rehabilitasi Perkeso akan membuat pengesahan pada borang pemeriksaan kesihatan, bagi permohonan lesen memandu orang kurang upaya (OKU) kepada pihak JPJ.

Tempoh rehabilitasi memandu yang perlu dijalani setiap individu berkenaan itu berbeza, bergantung kepada tahap kecederaan dan kesembuhan mereka, namun secara purata tempoh berkenaan antara 40 hingga 90 hari.

Selain itu, penilaian yang dijalankan ke atas individu terbabit melibatkan pelbagai aspek seperti ketangkasan serta refleks dan ia penting bagi memastikan mereka benar-benar dapat memandu dengan selamat, sekali gus mengelakkan risiko keselamatan kepada pengguna jalan raya yang lain.

SUMBER: Sinar Harian

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Jabatan Pengangkutan Jalan, Orang Kurang Upaya (OKU), Return To Drive

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • XPENG P7 Disambut Hangat, 10 Ribu Tempahan 7 Minit, Jarak Lebih 700 km, 0-100 km/j 3.7 saat!
    XPENG P7 Disambut Hangat, 10 Ribu Tempahan 7 Minit, Jarak Lebih 700 km, 0-100 km/j 3.7 saat!
  • Solfili Lancar Lampu Belakang LED Baharu untuk Yamaha NMAX V2 & XMAX V2
    Solfili Lancar Lampu Belakang LED Baharu untuk Yamaha NMAX V2 & XMAX V2
  • Modenas Z15GT 2026 - Supermoped Buatan Malaysia Lancar dengan DNA Kawasaki!
    Modenas Z15GT 2026 - Supermoped Buatan Malaysia Lancar dengan DNA Kawasaki!
  • #JMS2025: Nissan Elgrand Tampil Dengan Konsep Maglev!
    #JMS2025: Nissan Elgrand Tampil Dengan Konsep Maglev!

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev