• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Viva Langgar Lori 10 Tan, Ibu dan Anak 4 Tahun Maut Kemalangan Mersing

Viva Langgar Lori 10 Tan, Ibu dan Anak 4 Tahun Maut Kemalangan Mersing

December 20, 2023 By Fikri Leave a Comment

FacebookTwitter


SEORANG ibu dan anak maut dalam kemalangan melibatkan sebuah kereta dan lori berdekatan Ladang Paya Munis, Jalan Mersing ke Felda Nitar 1 di Mersing, Johor, pagi tadi kira-kira jam 7:37 pagi.

Menurut laporan, mangsa maut ialah Zubaidah Zakaria, 33, dan anak lelakinya, Uwais Rayyan Muhammad, 4, manakala pemandu lori berumur 40 tahun cuma cedera. Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Johor berkata;

Pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai insiden itu jam 7.30 pagi.

“Dua jentera light fire rescue tender (FLRT) dan sebuah unit bantuan perkhidmatan kecemasan (EMRS) dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBM) Mersing dan Endau dikejarkan ke lokasi kejadian.”

Pegawai Bomba Kanan II, Anuar Hussine berkata, kemalangan tersebut melibatkan sebuah kereta Perodua Viva dan sebuah lori 10 tan jenis Nissan UD.

Terdapat mangsa tersepit dalam kereta terbabit dan pihak bomba bertindak mengeluarkan mangsa dengan menggunakan peralatan khas.

“Kedua-dua mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian, manakala pemandu lori hanya cedera.

“Jenazah diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan susulan,” katanya.

SUMBER: HarianMetro|Balai Bomba&Penyelamat Mersing

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda4 Tagged With: Auto Terkini, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Johor, kemalangan jalan raya, Kemalangan Mersing

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
    Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
  • Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
    Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
  • Beli Skuter Elektrik Yadea Velax, Dapat Rebat Hingga RM2.4k!
    Beli Skuter Elektrik Yadea Velax, Dapat Rebat Hingga RM2.4k!
  • Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!
    Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!

PANDU UJI

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev