• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / Lexus GX 550 2024 - SUV Off-Road Mewah yang Praktikal, Serba Lasak

Lexus GX 550 2024 - SUV Off-Road Mewah yang Praktikal, Serba Lasak

December 27, 2023 By Firdaus Khamaruddin Leave a Comment

FacebookTwitter


LEXUS GX ialah model kenderaan utiliti sukan (SUV) yang terkenal dengan casis kukuh. Sebelum ini model GX diperkenalkan pada 2002 dan 2009. Terbaharu, model GX mendapat rekabentuk lebih elegan, moden dan kukuh untuk pasaran 2024.

Lexus GX 2024 kembali dan kini lebih baik berbanding model terdahulu. Generasi ketiga SUV terkenal itu menjalani perubahan dramatik dengan rupa diperbaharui untuk pengembaraan lebih lasak.

Selain enjin V6 3.4L turbo kembar, versi hibrid juga dijangka tiba tidak lama lagi.

Spesifikasi

  • Enjin V6 4.0L turbo kembar berkuasa 349hp dan tork 649Nm, trenkuasa hibrid bakal menyusul kemudian.
  • Ciri keselamatan Lexus Safety System+ 3.0.
  • Unit infotainmen skrin sentuh 14 inci.
  • Kapasiti tunda hingga 3,629kg.

Naib Presiden Kumpulan dan Pengurus Besar Divisyen Lexus, Dejuan Ross berkata;

GX sudah merapatkan jurang antara keupayaan off-road hebat dan pemanduan harian mewah selama lebih dua dekad.

"Dengan rangkaian kuasa baharu, ciri premium menakjubkan, dan gred Overtrail serba baharu, GX 2024 memiliki sesuatu untuk semua orang. Ini bahagian penting dalam evolusi 'Lexus's Next Chapter'."

Tempat Duduk dan Ruang

  • Tiga baris tempat duduk yang mampu memuatkan tujuh penumpang, termasuk pemandu menjadi ciri standard, dengan pilihan kerusi kapten di tempat duduk baris kedua untuk fiil lebih mewah.
  • Kerusi depan mendapat ciri standard ventilasi dan boleh panas, manakala tempat duduk baris kedua juga ada ciri boleh panas.
  • Ruang kepala dan kaki luas seluruh kabin, termasuk tempat duduk baris ketiga.
  • Tempat duduk baris ketiga ada ciri boleh lipat elektrik yang memudahkan kerja memunggah dan memuat barangan.

Teknologi dan Infotainmen

  • Unit infotainmen skrin sentuh 12.3 inci dengan konektiviti Apple CarPlay dan Android Auto.
  • Ada sistem bunyi keliling dengan 17 pembesar suara Mark Levinson.
  • Sistem hiburan dwi-skrin di tempat duduk belakang dengan fon kepala.
  • Bumbung bulan panoramik.

But Luas dan Praktikaliti

  • Ruang but luas 456 liter, dan tambahan hingga 1,960 liter jika tempat duduk baris ketiga dilipat.
  • Pintu but elektrik.
  • Kotak multi-storan seluruh kabin untuk simpanan barang.
  • Ciri lain tersedia ialah paparan dongak (HUD), pad pengecas wayarles dan penyejuk peti sejuk.

Sistem Bantuan Pemandu Lexus Safety System+ 3.0

  • Sistem Pra-Perlanggaran (PCS) dengan Pengesan Pejalan Kaki
  • Kawalan Jelajah Radar Dinamik (DRCC) dalam semua halaju
  • Bantuan Jejak Lorong (LTA)
  • Amaran Tukar Lorong (LDA) dengan Bantuan Stereng (SA)
  • Bantuan Tanda Jalan (RSA), memaparkan papan tanda jalan pada kluster instrumen
  • Bantuan Pandu Proaktif (PDA), menjangka potensi bahaya seperti pejalan kaki melangkah ke jalan raya

Keupayaan Off-Road Dipertingkat

Lexus GX550 2024 didatangkan standard dengan sistem Kawalan Rangkak (Crawl Control) dan opsyen pelbagai rupa bumi untuk membantu pemanduan di permukaan jalan mencabar.

Kemasan overtrail menawarkan ciri tambahan seperti tayar semua rupa bumi, plat gelincir dan diferensial gelincir terhad (LSD) Torsen untuk abiliti off-road terbaik.

SUMBER: Motor1.com | Lexus.com

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Roda4 Tagged With: Kenderaan Utiliti Sukan (SUV), Lexus, Lexus GX550 2024, Roda4, SUV

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Yamaha TMAX 560 25th Anniversary ABS 2026 Jepun Tampil Ciri Unik, Harga RM39.7k
    Yamaha TMAX 560 25th Anniversary ABS 2026 Jepun Tampil Ciri Unik, Harga RM39.7k
  • EV Nasional Pertama Malaysia Perodua QV-E 2026 Lancar, Harga RM80k dengan Model Bateri 'Sewa'
    EV Nasional Pertama Malaysia Perodua QV-E 2026 Lancar, Harga RM80k dengan Model Bateri 'Sewa'
  • DURABIO™ - Usaha Honda Untuk Alam Sekitar, Guna Pada Cermin Motosikal X-ADV, Fairing NT1100
    DURABIO™ - Usaha Honda Untuk Alam Sekitar, Guna Pada Cermin Motosikal X-ADV, Fairing NT1100
  • Honda Malaysia Rai Ulang Tahun ke-25 dengan Hadiah Bernilai hingga RM1 Juta!
    Honda Malaysia Rai Ulang Tahun ke-25 dengan Hadiah Bernilai hingga RM1 Juta!

Pandu Uji

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my