• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / Sedan Elektrik NIO ET7 Ini Mampu Dipandu Sejauh Lebih 1,000km Sekali Cas!

Sedan Elektrik NIO ET7 Ini Mampu Dipandu Sejauh Lebih 1,000km Sekali Cas!

January 11, 2024 By Abang Hirata Leave a Comment

FacebookTwitter


JENAMA kenderaan elektrik (EV) dari China, NIO ditubuhkan pada 25 November 2014. Pengeluar EV pintar ini bukan calang-calang kerana sudah membuka banyak rangkaian jualan dan servis di Eropah seperti Norway, Jerman, Belanda, Sweden dan Denmark.

NIO mempunyai sejumlah model merentasi segmen seperti ES8, EC7, ES7 (EL7), ET7, ES6 (EL6), EC6, ET5 dan ET57.

Seperkara menarik, tidak berapa lama selepas ditubuhkan, NIO pada 2016, memperkenalkan model EP9 (foto atas), iaitu antara model EV terpantas dunia.

Dalam memperluas penerimaan EV dalam kalangan pengguna, tidak dinafikan ramai ragu-ragu mengenai jarak pemanduan selain kemudahan pusat pengecasan.

Ini pula keupayaan terbaru ditunjukkan NIO ET7 yang perlu dipandang serius.

Pada 17 Disember lalu, Pengasas, Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) NIO, William Li (foto atas) membuktikan keupayaan produk syarikat itu dengan memandu NIO ET7 dari Shanghai ke Xiamen sejauh 1,044km dengan ditemani Naib Presiden Kanan NIO Power, Dr Fei Shen dan Pengurus Besar Tencent News, Chenxia Huang.

Model digunakan ialah NIO ET7 dengan pek bateri jarak jauh Ultra Long Range 150kWj baharu yang mana perjalanan mengambil masa 14 jam.

Selepas berhenti sementara dan menukar pemandu, NIO ET7 tiba di Xiamen dengan menggunakan 97 peratus bateri tanpa cas tambahan atau menukar bateri. Bateri baharu itu dikatakan boleh digunakan semua EV pintar keluaran NIO dan ditawarkan kepada pengguna melalui perkhidmatan langganan.

Keunikan lain, NIO ialah Power Swap Stations, iaitu pusat penukaran bateri. Setakat 19 Disember 2023, jumlah stesen sudah mencecah 2,289 outlet seluruh China, termasuk 33 outlet di Eropah dan terbaharu dibuka Amsterdam, Belanda pada 18 Disember lalu.

Sebelum itu pada 16 Disember, NIO sudah melakukan 34 juta penukaran, atau bersamaan 1.4 saat bagi setiap penukaran bateri.

NIO ET7 dan Pusat Penukaran Bateri

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Roda4 Tagged With: Kenderaan Elektrik (EV), Nio, NIO ET7, NIO ET7 150kWh Ultra Long Range, Roda4, William Li

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Yamaha TMAX 560 25th Anniversary ABS 2026 Jepun Tampil Ciri Unik, Harga RM39.7k
    Yamaha TMAX 560 25th Anniversary ABS 2026 Jepun Tampil Ciri Unik, Harga RM39.7k
  • EV Nasional Pertama Malaysia Perodua QV-E 2026 Lancar, Harga RM80k dengan Model Bateri 'Sewa'
    EV Nasional Pertama Malaysia Perodua QV-E 2026 Lancar, Harga RM80k dengan Model Bateri 'Sewa'
  • DURABIO™ - Usaha Honda Untuk Alam Sekitar, Guna Pada Cermin Motosikal X-ADV, Fairing NT1100
    DURABIO™ - Usaha Honda Untuk Alam Sekitar, Guna Pada Cermin Motosikal X-ADV, Fairing NT1100
  • Honda Malaysia Rai Ulang Tahun ke-25 dengan Hadiah Bernilai hingga RM1 Juta!
    Honda Malaysia Rai Ulang Tahun ke-25 dengan Hadiah Bernilai hingga RM1 Juta!

Pandu Uji

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my