• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / Mitsubishi D:X Concept - Bayangan Delica Masa Depan dengan Trenkuasa PHEV, Sistem 4WD

Mitsubishi D:X Concept - Bayangan Delica Masa Depan dengan Trenkuasa PHEV, Sistem 4WD

January 15, 2024 By Abang Hirata Leave a Comment

FacebookTwitter


MITSUBISHI Delica D:5
ialah kenderaan pelbagai guna (MPV) unik di Jepun. Faktanya,  Mitsubishi tiada MPV seperti pesaing Jepun lain seperti Nissan Serena, Honda Odyssey, Voxy, dan StepWgn, serta Toyota Vellfire dan Alphard.

Namun Mitsubishi menerusi Delica D:5 tampil dengan ciri tersendiri. Seperti generasi terdahulu, Delica D:5 kekal dengan badan berkotak, gaya rugged dan dalam sistem pacuan empat roda (4WD) yang membentuk identiti jenama itu.

Delica D:5 (foto atas) juga sudah lama di pasaran, iaitu sejak 2007 dengan rupa baharu diperkenal pada 2019.  Bagaimanakah dengan model pengganti?

Mitsubishi tampil dengan Mitsubishi D:X Concept yang memberi bayangan Delica masa depan. Dari segi rekabentuk, D:X Concept membawa konsep 'Maximum Space and Safety for Humans, Maximum Off-Roader for Boundaryless Adventure'.

MPV konsep itu direka dengan gaya futuristik yang sukar dibayangkan apabila menjadi model pengeluaran kelak. Gaya Dynamic Shield juga sukar dibaca, tetapi secara keseluruhan nampak jelas sebagai MPV lasak.

Karakter Delica ditunjukkan melalui cermin sisi dari depan hingga belakang dan pilar-D besar. Fender kembang dan tayar besar menonjolkan ciri maskular, manakala plat bawah bampar depan dan belakang berserta pelindung pemijak sisi menunjukkan fungsi untuk laluan off-road.

Gaya depan Dynamic Shield masih wujud dan diperbaharui dengan pelindung yang bersambung dari sisi hingga plat bawah bampar. Berbanding Dynamic Shield masa kini, gaya depan baharu disebatikan terus pada fasia depan.

Lampu laser membentuk nyalaan T dan lampu terang menyuluh jalan untuk memudahkan pemanduan walaupun atas laluan sempit.

Warna badan tembaga diilhamkan daripada perkhemahan mewah (glamping) dengan tekstur separa kilat.

Bahagian dalam pula dipasang kerusi yang dipanggil Panoramic Seats dan boleh berputar, dinaikkan dan diturunkan.

Cermin depan dan tukup nampak ke luar memberikan pemandangan terbuka dan seperti terapung di udara. Satu lagi yang menarik, papan pemuka memaparkan keadaan jalan di depan dan darjah pusingan tayar.

Sistem audio dibangunkan bersama Yamaha Corporation dan nampaknya kerjasama berterusan selepas Xforce.

Bagi memberikan mutu bunyian yang bagus, sejumlah pembesar suara ditempatkan pada penyandar kepala dan beberapa tempat bersesuaian lain.

Dari segi binaan, pilar D:X Concept membentuk rangka tetulang rusuk yang sudah terbukti dalam Delica D:5. Model itu juga menggunakan sistem kawalan dinamik kenderaan bersepadu S-AWC yang disesuaikan dengan sistem elektrik 4WD.

Sistem itu menyediakan pemanduan selamat dan selesa dalam pelbagai cuaca dan kondisi  jalan melalui pengendalian jitu dan mengurangkan olengan badan.

Sesuai perkembangan semasa dan teknologi dimiliki Mitsubishi, MPV ini digerakkan sistem hibrid plug-in (PHEV) yang mempunyai mod pemanduan elektrik (EV) dan mod hibrid.

Mod EV boleh digunakan untuk pemanduan harian biasa, manakala mod hibrid bagi pemanduan jarak jauh. Mod pemanduan lain turut ditawarkan dan sedia untuk pelbagai jenis pengembaraan.

Mitsubishi DX Concept 2023.01
Mitsubishi DX Concept 2023.02
Mitsubishi DX Concept 2023.03
Mitsubishi DX Concept 2023.04
Mitsubishi DX Concept 2023.05
Mitsubishi DX Concept 2023.06
Mitsubishi DX Concept 2023.07
Mitsubishi DX Concept 2023.08
Mitsubishi DX Concept 2023.09
Mitsubishi DX Concept 2023.10
Mitsubishi DX Concept 2023.11
Mitsubishi DX Concept 2023.12
Mitsubishi DX Concept 2023.13
Mitsubishi DX Concept 2023.14

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Roda4 Tagged With: Kenderaan Pelbagai Guna (MPV), Mitsubishi, Mitsubishi D:X Concept, Mitsubishi Delica D:5, MPV, Roda4

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Honda GB350 C 2026 - Motosikal Gaya Klasik untuk Pasaran Jepun, Harga RM20.5k
    Honda GB350 C 2026 - Motosikal Gaya Klasik untuk Pasaran Jepun, Harga RM20.5k
  • Sportbike QJMotor SRK250R 2025 Lancar di Malaysia, Harga Promosi RM9,988!
    Sportbike QJMotor SRK250R 2025 Lancar di Malaysia, Harga Promosi RM9,988!
  • RCB Lancar Kempen Cabutan Bertuah Bernilai RM200,000 Sempena Ulang Tahun ke-30
    RCB Lancar Kempen Cabutan Bertuah Bernilai RM200,000 Sempena Ulang Tahun ke-30
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

PANDU UJI

GAC Emkoo 2025

Media Malaysia Pandu Uji GAC Emkoo 2025 Menjelang Debut, Harga Mula Dijangka RM120k?

PENGEDAR sah jenama GAC Motor di Malaysia, WTC Automotif hari ini … [Baca Lagi...]

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev