• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Kerajaan Bakal Perkenal Van 'On Demand' untuk Pertingkat Jaringan Pengangkutan Awam

Kerajaan Bakal Perkenal Van 'On Demand' untuk Pertingkat Jaringan Pengangkutan Awam

December 18, 2023 By Fikri Leave a Comment

FacebookTwitter


KEMENTERIAN Pengangkutan bakal memperkenalkan inisiatif perkhidmatan van transit atas permintaan (DRT) di Lembah Klang sebagai pengangkutan alternatif dalam usaha mempertingkat jaringan pengangkutan awam.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook berkata, perincian pelaksanaan inisiatif itu mensasarkan perkhidmatan di kawasan batuan pertama dan terakhir yang kurang mendapat akses perkhidmatan bas awam, dan akan diumum nanti.

Beliau berkata, sebahagian peruntukan RM50 juta untuk meningkatkan perkhidmatan pengangkutan awam bawah Belanjawan 2024 akan digunakan untuk membeli van dan Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) akan bertindak sebagai pengendali.

Van ini sebagai usaha untuk menyelesaikan isu pengguna batuan pertama dan batuan terakhir...Kita faham tak semua kawasan perumahan ada laluan bas.

"Konsepnya seperti e-hailing. Perkhidmatan itu tiada laluan khas, tapi kita akan tempatkan di kawasan strategik.

Loke berkata, menerusi inisiatif itu, Kementerian berhasrat Prasarana menjalinkan kerjasama dengan beberapa syarikat yang menawarkan perkhidmatan DRT untuk memperluas perkhidmatan berkenaan.

SUMBER: Bernama

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Akta Pengangkutan Jalan 1987, Anthony Loke Siew Fook, Insentif Pengangkutan Awam, Kementerian Pengangkutan, Kementerian Pengangkutan (MOT), pengangkutan awam, Prasarana, Van 'On Demand'

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
    #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
  • #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
    #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
  • Perodua Lancar Platform Digital Serba Lengkap - P-Circle Jadi Hab Gaya Hidup Mobiliti Baharu
    Perodua Lancar Platform Digital Serba Lengkap - P-Circle Jadi Hab Gaya Hidup Mobiliti Baharu
  • Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman
    Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev