• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Dua Rakan Guru Maut Dilanggar Pemandu BMW Mabuk di Kepala Batas

Dua Rakan Guru Maut Dilanggar Pemandu BMW Mabuk di Kepala Batas

December 16, 2023 By Han Othman Leave a Comment

FacebookTwitter


SEORANG pemandu BMW ditahan polis kerana terbabit kemalangan yang menyebabkan dua rakan guru maut di Jalan Permatang Baru, di Kepala Batas, Pulau Pinang, awal pagi tadi.

Pemandu lelaki berusia 46 tahun itu dibawa ke Mahkamah Butterworth untuk direman pagi tadi.

bmw-mabuk-langgar-guru-kepala-batas-3
bmw-mabuk-langgar-guru-kepala-batas-1

Siasatan awal kemalangan jam 2.30 pagi itu mendapati suspek pemandu BMW itu terbabas hingga memasuki laluan bertentangan dan berlanggar dengan sebuah kereta dinaiki dua guru.

Pemandu BMW warga tempatan itu datang dari arah Sungai Lokan, Butterworth menghala Kepala Batas, manakala mangsa pemandu dan penumpang memandu Perodua Myvi dari arah Kepala Batas menghala Sungai Lokan, Butterworth.

bmw-mabuk-langgar-guru-kepala-batas-11
bmw-mabuk-langgar-guru-kepala-batas-10
bmw-mabuk-langgar-guru-kepala-batas-9
bmw-mabuk-langgar-guru-kepala-batas-7
bmw-mabuk-langgar-guru-kepala-batas-8
bmw-mabuk-langgar-guru-kepala-batas-6

Pemandu BMW tidak mengalami sebarang kecederaan, tetapi dua mangsa dalam Myvi meninggal dunia di lokasi kejadian.

Pemangku Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Superintenden Siti Nor Salawati Saad berkata, hasil ujian pernafasan ke atas pemandu BMW mendapati paras kandungan alkohol melebihi had dibenarkan.

Beliau turut meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kes berkenaan tampil menghubungi Pegawai Penyiasat Inspektor Ahmad Hafizi Mohamad di talian 011-2696 7676. Kes akan disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

bmw-mabuk-langgar-guru-kepala-batas-4
bmw-mabuk-langgar-guru-kepala-batas-5

Mangsa dikenal pasti sebagai guru Sekolah Kebangsaan Tanjung Bunga, Muhammad Ahsan Mohamed Ayub, iaitu, dan guru Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Phei Shin, Muhammad Fakhrul Rodzi Fauzi.

Al-Fatihah kepada mangsa, dan takziah kepada keluarga mereka.

SUMBER: Hmetro | SinarHarian | JBPM

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda4 Tagged With: Auto Terkini, BMW Mabuk Langgar Guru, kemalangan, Kemalangan Kepala Batas, kemalangan maut, Pemandu BMW Mabuk Langgar Myvi, pemandu mabuk, Superintenden Siti Nor Salawati Saad

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
    #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
  • #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
    #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
  • BUDI95: JPJ Lanjut Operasi Kaunter Hujung Minggu Seluruh Malaysia
    BUDI95: JPJ Lanjut Operasi Kaunter Hujung Minggu Seluruh Malaysia
  • AEON Credit Taja Slot Wildcard Moto3 untuk Hakim Danish
    AEON Credit Taja Slot Wildcard Moto3 untuk Hakim Danish

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev