• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Polis Tahan Dua Lelaki dalam CR-V Bawa 20 Beg Plastik Daun Ketum Berat 100kg

Polis Tahan Dua Lelaki dalam CR-V Bawa 20 Beg Plastik Daun Ketum Berat 100kg

December 15, 2023 By Shawkath Leave a Comment

FacebookTwitter


POLIS menahan dua lelaki menaiki Honda CR-V berwarna putih selepas penemuan 20 beg plastik hitam berisi daun hijau disyaki ketum, di Selangor.

Dua suspek warga tempatan itu masing-masing berumur 31 tahun dan 38 tahun. Kedua-duanya ditahan peronda Balai Polis Damansara di tepi jalan SS21/1 Damansara Utama di Petaling Jaya, kira-kira jam 9.10 malam, Selasa lalu (12 Disember).

Mereka dipercayai terlibat dalam aktiviti pemprosesan dan penjualan air ketum yang mana pemeriksaan polis membawa kepada penemuan:

  • 5 beg plastik hitam dengan anggaran berat 100kg di kerusi penumpang belakang.
  • 15 beg plastik hitam dengan anggaran berat 300kg dalam but.

Semua beg itu mengandungi daun hijau dipercayai daun ketum. Berat keseluruhan rampasan lebih kurang 400kg itu dianggarkan bernilai RM2,000.

Timbalan Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Superintendan M Hussin Sollehuddin Zolkifly berkata;

Hasil analisis rampasan daun dan air ketum ini boleh dibekalkan kepada lebih kurang 3,000 orang.”

Salah seorang suspek memiliki rekod jenayah lampau dan dadah. Kedua-dua lelaki itu ditahan reman empat hari dan disiasat di bawah Seksyen 30(3) Akta Racun 1952 (Pindaan 1980) dan boleh dihukum di bawah Seksyen 30(5) akta sama.

Jika sabit kesalahan, mereka boleh didenda tidak lebih RM100,000, atau penjara hingga lima tahun, atau kedua-dua sekali.

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, Honda CR-V, Ketum, M Hussin Sollehuddin Zolkifly, Polis Diraja Malaysia

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Mitsubishi Destinator 2026 Raih 5-Bintang Asean NCAP 2025!
    Mitsubishi Destinator 2026 Raih 5-Bintang Asean NCAP 2025!
  • Tempahan Proton Saga 2026 Serba Baharu Kini Dibuka, Harga Mula RM40k!
    Tempahan Proton Saga 2026 Serba Baharu Kini Dibuka, Harga Mula RM40k!
  • BYD Shark 6 Bakal Lancar di Malaysia? Trak Pikap Pertama Guna Petrol dengan Teknologi PHEV!
    BYD Shark 6 Bakal Lancar di Malaysia? Trak Pikap Pertama Guna Petrol dengan Teknologi PHEV!
  • #TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?
    #TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu Uji

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my