• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Toyota Australia Panggil Balik Supra Walaupun Cuma Satu Unit Terlibat, Ganti ECU Transmisi

Toyota Australia Panggil Balik Supra Walaupun Cuma Satu Unit Terlibat, Ganti ECU Transmisi

January 5, 2024 By Abang Hirata Leave a Comment

FacebookTwitter


ISU panggil balik (recall) kenderaan sudah menjadi kebiasaan hari ini dan patut dipandang dari sudut positif.

Kerajaan melalui Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) juga turut terlibat dengan menyenaraikan dan menghebahkan program panggil balik, termasuk motosikal.

Isu panggil balik turut melibatkan kereta ultra mewah, misalnya senarai terbaharu JPJ  yangmelibatkan enam unit model Maybach.

Jika enam unit dirasakan sedikit, Toyota Australia pula memanggil sebuah Supra automatik yang dikeluarkan pada 1 Februari 2023, dan didaftarkan bawah nama pengedar Toyota.

Apa Berlaku?

Transmisi automatik Supra terdiri daripada komputer kawalan, dan disebabkan proses pembuatan salah, kimpalan pada sambungan kotak (case joint welding) dikhuatiri mengalami kecacatan.

Kecacatan itu boleh membuatkan minyak transmisi memasuki komputer kawalan, sekali gus menyebabkan litar pintas dan kereta mengalami kehilangan kuasa ketika memandu.

Butiran Kenderaan

Seperti dimaklumkan, hanya sebuah Supra automatik terlibat dengan nombor pengenalan kenderaan (VIN) WZ1DB06050W058817.

Penyelesaian

Toyota akan bekerjasama dengan pengedar terlibat yang mana kerja baik pulih melibatkan penukaran unit kawalan elektronik (ECU) transmisi.

Pengeluar di Australia juga tertakluk kepada undang-undang untuk menghebahkan sebarang panggil balik supaya boleh difahami walaupun hanya melibatkan satu unit sahaja antara Toyota dan Toyota.

Pada September 2023, Toyota Australia turut memanggil balik Supra kerana masalah pam vakum buster brek.

Di Australia, Toyota GR Supra ditawarkan dalam varian GT untuk manual dan GTS (manual dan automatik). Masing-masing varian berharga AUD$87,380 (RM273,920) dan AUD$97,380 (RM305,380).

Toyota GR Supra 2019

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda4 Tagged With: Auto Terkini, Panggil Balik, Recall, Toyota, Toyota Australia, Toyota GR Supra

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Yamaha TMAX 560 25th Anniversary ABS 2026 Jepun Tampil Ciri Unik, Harga RM39.7k
    Yamaha TMAX 560 25th Anniversary ABS 2026 Jepun Tampil Ciri Unik, Harga RM39.7k
  • EV Nasional Pertama Malaysia Perodua QV-E 2026 Lancar, Harga RM80k dengan Model Bateri 'Sewa'
    EV Nasional Pertama Malaysia Perodua QV-E 2026 Lancar, Harga RM80k dengan Model Bateri 'Sewa'
  • DURABIO™ - Usaha Honda Untuk Alam Sekitar, Guna Pada Cermin Motosikal X-ADV, Fairing NT1100
    DURABIO™ - Usaha Honda Untuk Alam Sekitar, Guna Pada Cermin Motosikal X-ADV, Fairing NT1100
  • Honda Malaysia Rai Ulang Tahun ke-25 dengan Hadiah Bernilai hingga RM1 Juta!
    Honda Malaysia Rai Ulang Tahun ke-25 dengan Hadiah Bernilai hingga RM1 Juta!

Pandu Uji

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my