• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Autotainment / #TahukahAnda: Kenapa Honda CR-V 2023 SUV Kompak Berbaloi Beli?

#TahukahAnda: Kenapa Honda CR-V 2023 SUV Kompak Berbaloi Beli?

December 15, 2023 By Firdaus Khamaruddin Leave a Comment

FacebookTwitter


MAHU jadi pemilik kenderaan utiliti sukan (SUV) Honda, tetapi masih berbelah bahagi, terutama apabila memikirkan kos penyelenggaraan, reliabiliti jangka panjang dan input teknologi. Berbaloi atau tidak?

Antara persoalan bermain di fikiran adalah tentang kualiti yang mesti setara dengan jenama terkemuka lain. Namun, Honda CR-V (2023) Serba Baharu sudah pasti menjadi pesaing kompetitif dalam pasaran SUV negara ini.

Honda-CR-V generasi keenam sudahpun menjadi model bukan nasional paling terlaris 2023. Ini antara SEBAB kenapa SUV segmen-C tersebut pilihan terbaik buat anda:

1. Ruang Besar, Praktikal

  • CR-V (2023) terkenal dengan ruang kabin lebar yang menawarkan ruang kaki dan ruang kepala luas untuk penumpang depan dan belakang. Anda juga mendapat ruang but besar yang sesuai muatan sekeluarga untuk pergi bercuti, mengisi barangan rumah, atau perjalanan dalam dan luar bandar.
  • Tempat duduk belakang boleh lipat dalam konfigurasi 60:40 yang memberikan lebih praktikaliti untuk memuatkan barangan besar.

2. Enjin Berkuasa, Jimat Bahan Api

  • Honda CR-V (2023) datang dalam dua varian enjin di Malaysia:  petrol 1.5L turbo  dan hibrid 2.0L e:HEV. Walaupun varian hibrid cuma akan diperkenalkan tahun depan, kedua-dua enjin berkenaan menjanjikan ekstra kuasa dan pengalaman baharu pemanduan.
  • Sistem hibrid e-HEV memberikan output kuasa 148ps (146hp) @ 6,100rpm, dan tork 190Nm @ 4,500rpm, dan 184ps (181hp, 135 kW) @ 5,000-8,000rpm dan tork 335Nm @ 0-2,000rpm dengan e-motor.
  • Sistem hibrid ini membantu menjimatkan penggunaan petrol, terutama ketika memandu dalam trafik sesak.

3. Keselamatan, Teknologi Termaju

  •  SUV ini nyata memenuhi reputasi Honda dalam aspek reliabiliti dan keselamatan dengan ciri keselamatan seperti lapan beg udara, sensor beban bahagian belakang, dan rating 5-bintang untuk ujian perlanggaran Asean NCAP.
  • Ciri Bantuan Pengendalian Tangkas (Agile Handle Assist, AHA) diperkenal untuk semua varian. Ciri ini ditambah baik untuk pengendali lebih responsif, berbeza dari model terdahulu dan SUV lain dalam segmen sama. Selain itu, sensor depan kini menggunakan sonar sensor.

  • Teknologi bantuan pemandu termaju (ADAS) Honda SENSING dilengkapi ciri Brek Kecemasan Autonomi (AEB), Lampu Suluh Tinggi Automatik (AHB), Kawalan Jelajah Adaptif (ACC), dan Amaran Keluar Lorong (LDW).
  • Juga diperkenalkan aplikasi Honda CONNECT sebagai tambahan ciri keselamatan menerusi telefon pintar untuk akses status kereta, kawalan jarak jauh seperti fungsi menghidup dan mematikan enjin , dan penggilan kecemasan automatik jika berlaku kemalangan.

4. Mewah, Selesa

  • Walaupun unit standard, model aras mula CR-V (2023) tidak kekurangan ciri seperti ciri penghidup engin kawalan jauh, sistem audio premium BOSE, dan unit infotainmen skrin sentuh dengan konektiviti Apple CarPlay dan Android Auto.
  • Ciri dipertingkat seperti kad kunci digital, pengecas wayarles, kerusi dengan fungsi memori, lampu kabin sentuh elektronik, dan kerusi kulit diperkenal untuk varian lebih tinggi.

Sememangnya, setiap kereta ada kelebihan dan kekurangan, jadi sebelum memilih, penting untuk anda menilai keperluan dan matlamat.

Kepada pembeli Malaysia yang baru kali pertama mahu membeli SUV, Honda CR-V (2023) memang berbaloi dengan harga. Dengan banyak ciri, bersama saiz, kuasa, kecekapan bahan api, keselamatan dan tambahan lain, ini menjadikan pilihan menarik kepada sesiapa saja yang mencari kenderaan yang mudah dan praktikal.

Jika anda yakin dengan Honda CR-V (2023) pada harga bermula RM159,900, ini mungkin pilihan terbaik buat anda.

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Autotainment, Roda4 Tagged With: autotainment, CRV 2024, E-CVT, Honda CR-V (2023) Serba Baharu, Honda CR-V 2023, Honda Malaysia, Roda4, SUV, SUV kompak, tahukah anda

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
    Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
  • General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
    General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
  • Kymco AK550 Premium Kini CKD,  Harga Lebih Murah di Malaysia
    Kymco AK550 Premium Kini CKD, Harga Lebih Murah di Malaysia
  • Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460
    Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460

Pandu Uji

Cabaran pandu uji Chery Tiggo PHEV sejauh 1,200km

#PanduUji: Chery Tiggo 8 PHEV, Tiggo 7 PHEV Langsai 1,200km Setangki Minyak Penuh!

#PanduUji: Inilah Cara Menang Cabaran Pandu Proton e.MAS 5 Paling Jimat, Hanya 9.6kW/100km!

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my