• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Kerajaan Rasmi Skim Galakan Penggunaan Motosikal Elektrik (MARiiCas)

Kerajaan Rasmi Skim Galakan Penggunaan Motosikal Elektrik (MARiiCas)

December 8, 2023 By Fikri Leave a Comment

FacebookTwitter


MENTERI Pelaburan, Perdagangan dan Industri Malaysia (MITI), Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz, hari ini merasmikan Skim Galakan Penggunaan Motosikal Elektrik dirasmikan dalam usaha menggalakkan orang ramai menggunakan kenderaan elektrik (EV).

Inisiatif ini sejajar industri automotif global yang kini berada dalam fasa peralihan kepada penggunaan kenderaan elektrik (EV).

Inisiatif dinamakan MARiiCas itu menyediakan rebat hingga RM2,400, dan terbuka kepada semua rakyat Malaysia yang berpendapatan RM120,00 ke bawah.

Ini mampu meningkatkan kelestarian alam melalui penerapan teknologi EV, dan meningkatkan kualiti hidup komuniti. MARiiCas bakal diselaras MITI dengan kerjasama agensi Institut Automotif, Robotik dan Iot Malaysia (MARii).

Selaras hasrat Kerajaan mencapai emisi sifar karbon seawal 2050, antara misi di bawah Pelan Induk Perindustrian Baharu (NIMP) 2030, iaitu Push for Net Zero yang menggariskan EV sebagai pemacu pertumbuhan ekonomi hijau.

"Pelancaran MARiiCas hari ini adalah masa tepat dan MITI percaya inisiatif ini mampu merancakkan penerimaan rakyat kepada EV," kata Tenggku Zafrul.

MARiiCas dilaksanakan dengan kerjasama syarikat pengeluar motosikal elektrik tempatan. Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) MARii, Azrul Reza Aziz berkata;

Sehingga kini, sebanyak 11 syarikat pengeluar motorsikal elektrik tempatan, mendaftar12 model dan melepasi syarat kelayakan utama ditetapkan untuk disenaraikan sebagai syarikat pembekal motosikal elektrik di bawah program ini.

"Syarika ini sudah memenuhi kriteria utama daripada aspek komitmen pemasangan tempatan, mencapai jarak perjalanan minimum sejauh 100km bagi setiap pengecasan penuh, dan mendapat sijil Kelulusan Jenis Kenderaan (VTA) dari Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ)."

Maklumat lanjut mengenai MARiiCas, seperti semakan kelayakan dan senarai model motosikal EV yang diluluskan boleh layari laman web inisiatif.marii.my.

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda2 Tagged With: Auto Terkini, Institut Automotif, Kereta Elektrik (EV), motosikal elektrik, Pelan Induk Perindustrian Baharu (NIMP) 2030, Robotik dan IoT Malaysia (MARii), Skim Galakan Motosikal Elektrik, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • KPDN Johor: Nozel RON95 Dicabut Bukan Sebab Habis Stok, Tapi Masalah Teknikal
    KPDN Johor: Nozel RON95 Dicabut Bukan Sebab Habis Stok, Tapi Masalah Teknikal
  • Jenama Kove Rasmi Masuk Malaysia, Lancar 450R dan 800X GT, Harga Mula RM33,888
    Jenama Kove Rasmi Masuk Malaysia, Lancar 450R dan 800X GT, Harga Mula RM33,888
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • CEO Petronas Mohon Maaf Insiden di Podium GP Singapura
    CEO Petronas Mohon Maaf Insiden di Podium GP Singapura

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev