• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Saman, Tunda Kenderaan Jika Halang Lalu Lintas di Stadium Nasional Bukit Jalil

Saman, Tunda Kenderaan Jika Halang Lalu Lintas di Stadium Nasional Bukit Jalil

December 8, 2023 By Shawkath Leave a Comment

FacebookTwitter


SERAMAI 85,000 penyokong Johor Darul Ta’zim FC (JDT) dan Terengganu FC dijangka hadir menyaksikan perlawanan akhir Piala Malaysia 2023 di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur jam 9 malam ini.

Pintu masuk stadium pula akan dibuka seawal jam 6 petang dan Polis menasihatkan orang ramai supaya patuh kepada semua peraturan dan jaga tingkah laku sepanjang perlawanan berlangsung.

Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Zam Halim Jamaluddin meminta orang ramai untuk sama-sama membantu memastikan aliran trafik kekal lancar malam nanti.

Ini adalah menasihatkan beliau kepada orang awam:

  • Gunakan pengangkutan awam ke Stadium Nasional Bukit Jalil.
  • Elakkan melalui jalan-jalan di sekitar Stadium Nasional Bukit Jalil jika bukan bertujuan menonton perlawanan tersebut. Ini untuk elak kesesakan jalan raya.
  • Patuhi arahan pegawai dan anggota polis bertugas di situ.
  • Amalkan sikap bersabar, berhemah dan tolak ansur ketika memandu kenderaan.
  • Jangan letakkan kenderaan di bahu jalan di sekitar laluan masuk dan keluar stadium.
  • Tindakan saman dan tunda kenderaan akan dilakukan jika halang lalu lintas.
  • Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT KL) cuma berperanan sebagai pengatur lalu lintas di sekitar stadium.
  • Pakai pelitup muka terutama jika berada di kawasan sesak untuk mengelakkan risiko penularan kes penyakit berjangkit.

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: autoterkini, Johor Darul Ta’zim FC (JDT), Piala Malaysia 2023, Stadium Nasional Bukit Jalil, Terengganu FC, Zam Halim Jamaluddin

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
  • #TahukahAnda: Bagaimanakah Prosedur Tukar Enjin Kenderaan di JPJ?
    #TahukahAnda: Bagaimanakah Prosedur Tukar Enjin Kenderaan di JPJ?
  • Inilah 10 Lagu Raya Buat Air Mata Meleleh Sempena PKP 3.0
    Inilah 10 Lagu Raya Buat Air Mata Meleleh Sempena PKP 3.0

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev