• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Pandu Uji / #TunggangUji: Aveta Ranger Max Explorer (2023) yang Memang Boleh Layan Off-Road!

#TunggangUji: Aveta Ranger Max Explorer (2023) yang Memang Boleh Layan Off-Road!

December 13, 2023 By Firdaus Khamaruddin Leave a Comment

FacebookTwitter


BARU-baru ini penulis berpeluang merasai sendiri pengalaman menunggang kapcai off-road pertama Malaysia di trek basah dan kering  di Sendayan, Negeri Sembilan.

Namun bagi kapcai dengan engin 130cc, apa yang anda boleh harapkan? Ada banyak lagi cerita mengenai motosikal berharga RM7,000 ini!

Sesi tunggang uji pada 2 Disember lalu dianjurkan sendiri wakil pengeluar model tersebut, Aveta Malaysia di  trek X- Park Sendayan yang turut disertai pempengaruh, rakan media, dan bakal pemilik Aveta Max Ranger Explorer (2023).

Sesi itu dirasmikan Penolong Pengarah Aveta Malaysia, Caden Gan sebelum dimulakan dengan sesi tunggang uji di litar kering dan basah, serta ditutupi dengan acara cabutan bertuah.

Pendapat saya, kapcai ini sesuai untuk penunggang generasi baharu atau mereka yang sukakan motosikal gaya lasak. Dengan ciri dinamik seperti jarak tinggi bumi, brek dram belakang besar, dan frem T-bone berat, kapcai ini paling ideal dimiliki mereka yang berkerja sebagai pekebun, petani atau peladang yang perlu meredah laluan denai dan tanah tinggi. Tak percaya?

Saya berjaya menamatkan sesi tunggang uji sejauh 8km, dan merasai sendiri beberapa perkara menarik dan kurang baik mengenai kapcai cilik ini.

5 Menarik tentang Aveta Max Explorer

1. Suspensi depan berat

Komponen ini berjaya mengelakkan kapcai ini daripada mudah tergelincir ketika mengharungi denai dan permukaan jalan mencabar di lokasi.

2. Tayar dwiguna

Tayar dwiguna membolehkan kapcai ini ditunggang yakin atas dua permukaan jalan, aspal atau off-road. Saya sempat menguji ketahanan tayar ini dengan mengambil selekoh sudut rendah atas permukaan jalan berpasir.

Paten bunga tayar memberikan cengkaman mencukupi untuk mengelak saya terjatuh.

3. Frem T-bone ganda

Jika berpeluang menunggang uji, saya yakin anda juga dapat merasai kemantapan casis kapcai ini yang menyumbang kepada faktor keselesaan tunggangan.

4. Transmisi dual-klac

Ciri kotak gear ini mengetepikan  keperluan menarik dan melepaskan tuil klac secara manual, sekali gus membolehkan saya lebih fokus dan seronok ketikamenunggang, terutama dalam kondisi jalan mencabar.

Bayangkan ketika mengharungi jalan mencabar, memang macam tak sempat nak kawal klac secara manual!

5. Tangki minyak besar

Kapasiti tangki petrol 8.5 liter dapat mengurangkan kegelisahan penunggang ketika meredah laluan off-road atau berada jauh dalam hutan.

5 Kurang Menarik tentang Aveta Max Explorer

1.  Panel meter LED digital

Posisi panel meter ini kurang efektif kerana terlindung di sebalik bar hendal.

2. Pelana motor rendah

Walaupun memiliki jarak lega bumi tinggi, posisi pelana agak rendah yang mungkin kurang selesa bagi sesetengah penunggang, terutama mereka bertubuh tinggi.

3. Pedal gear lapuk

Pedal gear tidak menyokong penunggang untuk mencungkil gear. Rekaan pedal klasik mengurangkan kecekapan untuk tunggangan pantas.

4. Lampu signal belok terlalu kecil

Rekaan lampu signal belok depan nampak terlalu kecil yang mungkin kurang jelas bagi pengguna jalan raya lain.

5. Enjin karburetor

Bunyi deruman enjin agak kuat dan saya dapat hidu bau hangit enjin jika bergerak jauh, atau memerah terotel kuat.

Bagaimanapun, pada harga disebut, kapcai ini belum lagi menimbulkan masalah besar ketika ditunggang uji. Rumusannya, Aveta Ranger Max  Explorer ada kualiti tersendiri dan boleh dijadikan alternatif baharu buat peminat kapcai tempatan.

aveta-ranger-max-125-test-ride-1
aveta-ranger-max-125-test-ride-4
aveta-ranger-max-125-test-ride-6
aveta-ranger-max-125-test-ride-12
aveta-ranger-max-125-test-ride-3
aveta-ranger-max-125-test-ride-2
aveta-ranger-max-125-test-ride-13
aveta-ranger-max-125-test-ride-9
aveta-ranger-max-125-test-ride-11
aveta-ranger-max-125-test-ride-10
aveta-ranger-max-125-test-ride-5
aveta-ranger-max-125-test-ride-7
aveta-ranger-max-125-test-ride-8

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Pandu Uji, Roda2 Tagged With: Aveta Malaysia, Aveta Ranger Max Explorer (2023), Kapcai Advencer, Kapcai Off-Road, roda2, Tunggang Uji, Tunggang Uji Aveta Ranger Max Explorer (2023), X- Park Sendayan

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
    Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
  • Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
    Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
  • GAC Malaysia Umum Datuk Remy Ishak Jadi Duta Baharu!
    GAC Malaysia Umum Datuk Remy Ishak Jadi Duta Baharu!
  • BYD Seal U DM-i Hangat di UK, Jarak Pandu Lebih 1,200 km, Lebih 10 Ribu Terjual Dalam 10 Bulan
    BYD Seal U DM-i Hangat di UK, Jarak Pandu Lebih 1,200 km, Lebih 10 Ribu Terjual Dalam 10 Bulan

PANDU UJI

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev