• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / smart #1 Catat 1,000 Unit Tempahan Sejak Lancar Hujung November Lalu

smart #1 Catat 1,000 Unit Tempahan Sejak Lancar Hujung November Lalu

December 7, 2023 By Fikri Leave a Comment

FacebookTwitter


smart Malaysia mengumumkan tempahan smart #1 kini mencecah 1,000 unit sejak dilancarkan 21 November lalu.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) smart Malaysia, Zhang Qiang berkata;

Kejayaan smart #1 tidak hanya mencerminkan kecemerlangan produk, tetapi juga dedikasi kami menyediakan pengalaman pemilikan lancar dan menyeronokkan. Perlindungan jaminan komprehensif, pakej percuma dan tawaran pengecas rumah smartCharge adalah bukti komitmen kami terhadap kepuasan pelanggan.

"Penghantaran juga menjadi aspek penting dan pasukan kami gigih memastikan kereta disampaikan kepada pelanggan dihargai tepat pada masa."

Komitmen smart Malaysia juga diterjemahkan menerusi aplikasi Hello smart yang mesra pengguna. Aplikasi berkenaan dikemas kini dengan pengalaman pemilikan dan penyelesaian menyeluruh kepada pemilik smart #1 dari segi tempahan kereta, pembayaran hingga proses dan pemantauan status pengecasan.

Bagi menyokong komitmen tersebut, ada 10 cawangan pengedar terletak strategik di enam negeri Malaysia. Pengedar smart tidak hanya mahu memudahkan proses pembelian, tetapi juga memastikan perkhidmatan selepas pembelian menawarkan bimbingan pakar.

smart #1 juga menawarkan pakej waranti seperti:

  • Waranti Bateri Bervoltan lapan tahun, atau 200,000km.
  • Waranti Komponen Bervoltan Tinggi selama lapan tahun, atau 150,000km.
  • Waranti Kenderaan empat tahun, tanpa had perbatuan.
  • Waranti Alat Ganti dua tahun tanpa had perbatuan.
  • Bantuan Jalanan 24/7 (24 jam dan tujuh hari seminggu).

smart #1 juga membawakan 10 warna dengan warna pilihan utama seperti:

  • Atom Grey-mette, Meta Black (bumbung merah)
  • Digital White, Future Green

Pembeli juga mendapat tawaran eksklusif seperti;

  • Pakej Aksesori percuma bernilai RM 2,000.
  • Data Internet 60GB percuma lima tahun.
  • Tawaran masa terhad pengecas AC smartCharge percuma bernilai RM 3,200.

Tawaran istimewa di atas sah hingga 31 Disember ini. smart Malaysia juga percaya kejayaan smart #1 hanya permulaan kepada beberapa siri pencapaian yang akan menjadikan pengeluar itu pemain utama dalam pasaran EV tempatan.

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda4 Tagged With: Auto Terkini, EV, Jumlah Tempahan smart #1, Kenderaan Elektrik (EV), Smart #1

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
    #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
  • #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
    #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
  • BUDI95: JPJ Lanjut Operasi Kaunter Hujung Minggu Seluruh Malaysia
    BUDI95: JPJ Lanjut Operasi Kaunter Hujung Minggu Seluruh Malaysia
  • AEON Credit Taja Slot Wildcard Moto3 untuk Hakim Danish
    AEON Credit Taja Slot Wildcard Moto3 untuk Hakim Danish

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev