APA pendapat anda tentang Mitsubishi Triton 2023 baharu? Masing-masing ada pendapat berbeza. Dari segi rekabentuk, gril depan tampil menonjol berbanding model lama.
Bahagian lain tidak jauh beza yang membawakan gaya Triton. Apapun, trak pikap ini khabarnya bakal memasuki pasaran tempatan pada 2024. Jadi lebih adil menilainya di depan mata. Selain rekabentuk, perkara penting dalam membuat penilaian adalah ciri keselamatan.
Semua pengeluar boleh mendakwa kereta mereka selamat, tetapi pengesahan badan bebas lebih penting. Keputusan penilaian Asean NCAP sudahpun keluar dan Triton 2023 meraih skor 5-bintang.
Unit diuji pula adalah varian double cab dengan 3-beg udara yang dikeluarkan di Thailand untuk pasaran negara itu dan Filipina. Berikut keputusan mengikut bahagian:
Perlindungan Penumpang Dewasa (AOP)
- Impak depan: 13.07/16.00
- Impak sisi: 8.00/8.00
- Teknologi perlindungan kepala: 4.94/8.00
- Skor: 26.01/32
- Nisbah skor keseluruhan: 32.52/40 peratus
Perlindungan Penumpang Kanak-Kanak (COP)
- Depan: 16.00/16.00
- Sisi: 8.00/8.00
- Pemasangan: 11.72/12.00
- Berasaskan kenderaan: 9.00/13.00
- Skor: 44.72/51
- Nisbah skor keseluruhan: 17.54/20 peratus
Bantuan Keselamatan
- Pembrekan dan pengelakan berkesan (EBA): 6.00/6.00
- Peringatan Tali Keledar (SBR): 3.93/6.00
- Brek Kecemasan Autonomi (AEB): 1.54/2.50 (bandar), 2.16/3.50 (antara bandar)
- Teknologi Bantuan Pemandu Termaju (ADAS): 1.53/3.00
- Skor: 15.16/21
- Nisbah skor keseluruhan: 14.44/20 peratus
Keselamatan Penunggang Motosikal
- Pengesan Titik Buta (BSD/BSV): 4.94/8.00
- Visualisasi Belakang Termaju (ARV): -/4.00
- Lampu suluh tinggi automatik (AHB): 1.24/2.00
- Perlindungan pejalan kaki: 2.00/2.00
- Teknologi keselamatan penunggang motosikal termaju: -/2.00
- Skor: 8.18/16.00
- Nisbah skor keseluruhan: 10.22/20 peratus
Skor Keseluruhan Asean NCAP: 5 Bintang, 74.71/100 Peratus
Selain 3-beg udara, semua varian Mitsubishi Triton 2023 dilengkapi Sistem Brek Anti Kunci (ABS), Kawalan Stabiliti Elektronik (ESC), dan Sistem Peringatan Tali Keledar untuk pemandu dan penumpang sisi.
Ciri dan teknologi lain seperti 7-beg udara, Brek Kecemasan Autonomi (AEB) dan sebagainya ditawarkan sebagai standard, atau bergantung varian dipilih.
Badan Triton menggunakan teknologi struktur RISE yang menyerap tenaga dan meminimumkan perubahan bentuk kabin ketika kemalangan.
Leave a Reply