TULAR satu rakaman video menunjukkan kejadian 'hujan' dalam kabin sebuah kapal terbang di media sosial.
Menurut laporan, fenomena pelik itu berlaku pada salah satu pesawat Air India yang dalam penerbangan dari Gatwick (London) ke Amritsar (India), minggu lalu.
Kejadian 'hujan' itu berpunca akibat kebocoran air dalam pesawat yang mana syarikat penerbangan itu tampil menyatakan rasa kesal berhubung insiden berkenaan.
Portal business-standard.com melaporkan Air India dalam satu kenyataan berkata, isu itu membabitkan penerbangan AI 169 pada 24 November lalu yang berpunca daripada kejadian pelik, iaitu pelaras pemeluwapan dalam kabin.
Jurucakap Air India berkata;
Beberapa penumpang kami di tempat duduk terjejas dipindahkan ke kerusi kosong lain dan disebabkan kejadian itu, kru kabin melakukan semua usaha untuk memastikan keselesaan penumpang.
"Air India komited terhadap keselamatan dan keselesaan tetamu dalam penerbangan dan kami kesal dengan kejadian luar jangka itu."
Leave a Reply