• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Gagal Lari SJR, Polis Tahan Dua Lelaki Naik Kapcai 'Hilang'

Gagal Lari SJR, Polis Tahan Dua Lelaki Naik Kapcai 'Hilang'

December 1, 2023 By Shawkath Leave a Comment

FacebookTwitter


POLIS menahan dua lelaki menaiki kapcai yang baru dilaporkan hilang 10 hari lalu di kawasan Ampang, Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Berdasarkan perkongsian Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik PDRM dan Friends of Traffic Ampang, dua individu itu ialah penunggang dan pembonceng kapcai berkenaan yang ditahan ketika cuba melarikan dari satu sekatan jalan raya (SJR).

Anggota polis daripada Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Daerah Ampang Jaya menjelaskan, SJR itu dibuat di Jalan Bunga Raya, Taman Kencana dan suspek melibatkan dua individu lelaki, iaitu penunggang dan pembonceng.

Sewaktu ingin ditahan, penunggang tersebut cuba melarikan diri dengan berpatah balik tetapi berjaya ditahan anggota yang sedang bertugas.

"Pemeriksaan menyeluruh dibuat kepada penunggang dan pembonceng. Penunggang didapati tidak memiliki lesen memandu dan tiada rekod jenayah lampau.

"Semakan lanjut dibuat pada nombor pendaftaran kenderaan motosikal tersebut dengan menggunakan alat MCOPS, mendapati motosikal tersebut masih berstatus hilang dan masih belum dijumpai dan baru saja hilang 10 hari yang lalu."

Akibatnya, penunggang dan pembonceng itu bersama kenderaan berkenaan dibawa ke Balai Polis BSPT Ampang Jaya untuk tindakan lanjut. Kes disiasat di bawah Seksyen 379A Kanun Keseksaan.

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda2 Tagged With: Auto Terkini, Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Daerah Ampang Jaya, Curi Motosikal, JABATAN Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT), Motosikal Hilang, Polis Diraja Malaysia (PDRM), roda2

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Yamaha TMAX 560 25th Anniversary ABS 2026 Jepun Tampil Ciri Unik, Harga RM39.7k
    Yamaha TMAX 560 25th Anniversary ABS 2026 Jepun Tampil Ciri Unik, Harga RM39.7k
  • EV Nasional Pertama Malaysia Perodua QV-E 2026 Lancar, Harga RM80k dengan Model Bateri 'Sewa'
    EV Nasional Pertama Malaysia Perodua QV-E 2026 Lancar, Harga RM80k dengan Model Bateri 'Sewa'
  • DURABIO™ - Usaha Honda Untuk Alam Sekitar, Guna Pada Cermin Motosikal X-ADV, Fairing NT1100
    DURABIO™ - Usaha Honda Untuk Alam Sekitar, Guna Pada Cermin Motosikal X-ADV, Fairing NT1100
  • Honda Malaysia Rai Ulang Tahun ke-25 dengan Hadiah Bernilai hingga RM1 Juta!
    Honda Malaysia Rai Ulang Tahun ke-25 dengan Hadiah Bernilai hingga RM1 Juta!

Pandu Uji

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my