• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / Citroen Tunjuk Lakaran Dalaman C5 Aircross Menjelang Pameran Auto Shanghai 2017

Citroen Tunjuk Lakaran Dalaman C5 Aircross Menjelang Pameran Auto Shanghai 2017

April 14, 2017 By Han Othman 1 Comment

FacebookTwitter


TINGGAL seminggu sebelum berlangsung Pameran Auto Shanghai 2017, Citroen tampil mendedahkan rekabentuk dalaman model C5 Aircross baharu. Ditunjukkan dalam bentuk lakaran berkomputer, kabin kenderaan utiliti sukan (SUV) itu didominasi skrin besar yang ditempatkan di tengah papan pemuka, dan paparan panel digital bagi menggantikan rekaan tradisional, jarum analog.

Turut kelihatan ialah dua ventilator penyaman udara, roda stereng multifungsi, kotak gear automatik, brek parkir elektronik dan 5 tetapan trenpacu yang boleh mempertingkatkan keupayaan off-road, berserta pelbagai ruang storan dalam rekaan dalaman serba minimalis.

Tidak banyak diperkatakan Citroen tentang C5 Aircross, kecuali ciri Advance Comfort (Keselesaan Termaju) yang menyaksikan pengenalan sistem suspensi dengan Kusyen Hidraulik Progresif (Progressive Hidraulic Cushion) yang pertama kali diperkenalkan bagi jenama Perancis.

Menyertai sama ruang pameran Citroen C5 Aircross ialah C-Aircross dan CXPerience yang akan bersama generasi baharu C5 dan SUV C3-XR.

SUMBER: Car Scoops

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Roda4 Tagged With: Citroen, Citroen C5 Aircross, Kenderaan Utiliti Sukan (SUV), Pameran Auto Shanghai 2017, papan pemuka Citroen C5 Aircross, Roda4, SUV

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Honda Forza 125 2026 Perkenal Warna Baharu, Edisi Khas di Eropah
    Honda Forza 125 2026 Perkenal Warna Baharu, Edisi Khas di Eropah
  • Morbidelli C252V 2025 - Cruiser 250cc dengan Enjin V-Twin!
    Morbidelli C252V 2025 - Cruiser 250cc dengan Enjin V-Twin!
  • Proton Saga Serba Baharu Catat 10,000 Tempahan Dalam 5 Hari, Satu Setiap 43 Saat!
    Proton Saga Serba Baharu Catat 10,000 Tempahan Dalam 5 Hari, Satu Setiap 43 Saat!
  • MBSA Mula Tunda Kenderaan Terbiar Januari 2026
    MBSA Mula Tunda Kenderaan Terbiar Januari 2026

Pandu Uji

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my