REMAJA lelaki berumur 13 tahun yang ditahan kerana menikam seorang pemandu e-hailing, Isnin lalu di Taman Keladi, Sungai Petani dibebaskan dengan jaminan polis, hari ini.
Perkara itu disahkan Ketua Polis Daerah Kuala Muda, ACP Zaidy Che Hassan berkata, siasatan sudah selesai dan kes akan diserahkan kepada pihak timbalan pendakwa raya untuk tindakan susulan.
Suspek dikatakan akan didakwa atas tuduhan cubaan samun.
Remaja terbabit direman selama sehari bagi membantu siasatan dan tempoh reman berakhir semalam.
Kami membebaskannya hari ini sementara menunggu keputusan lanjut dari pejabat timbalan pendakwa raya selepas menyiapkan kertas siasatan," kata Zaidy dipetik Bernama.
Kelmarin, tular video suspek cuba menikam seorang pemandu e-hailing, juga warga emas berusia 65 tahun, menggunakan pisau dari arah belakang. Namun tikaman tersebut terkena tali keledar dan gagal melukai mangsa.
Mangsa bertindak menggigit tangan suspek yang kemudian keluar dari kereta dan melarikan diri. Bagaimanapun aksi jenayah itu sempat dirakam dalam kamera pemuka dalam kereta mangsa.
Leave a Reply