POLIS Putrajaya menahan seorang penghantar makanan kerana disyaki melakukan perbuatan sumbaleweng di kawasan perumahan penjawat awam di Presint 9 di Putrajaya.
Bahagian Siasatan Jenayah Daerah (BSJD) Ibu Pejabat Daerah Putrajaya menahan suspek lelaki selepas didakwa melakukan perbuatan dalam sebuah lif.
Facebook IPD Putrajaya mendedahkan suspek yang bekerja sebagai penghantar makanan itu dituduh menunjukkan kemaluannya kepada seorang kanak-kanak perempuan.
Susulan itu, suspek kini ditahan reman dan kes disiasat di bawah Seksyen 15(a)(i) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.
Leave a Reply