• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / JPJ Tangkap Tiga Ulat di KLIA2, Sita HR-V dan Alza

JPJ Tangkap Tiga Ulat di KLIA2, Sita HR-V dan Alza

November 29, 2023 By Shawkath Leave a Comment

FacebookTwitter


TIGA individu ditangkap kerana dipercayai 'ulat' yang menawarkan perkhidmatan kereta sewa tidak berlesen atau secara haram di Terminal KLIA 2.

Tangkapan dibuat petugas Stesen Penguatkuasa KLIA selepas melakukan intipan dan pemantauan di terminal berkenaan yang turut menyaksikan tiga kenderaan disita untuk tindakan lanjut.

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Negeri Selangor dalam satu perkongsian di Facebook mendakwa tiga kenderaan itu ialah sebuah Honda HR-V dan dua unit Perodua Alza.

Siasatan awal mendapati 'ulat' berkenaan mengenakan tambang kepada pelancong bukan warganegara dengan kadar antara RM65 hingga RM200 untuk perjalanan dari KLIA 2 ke beberapa lokasi di Petaling Jaya, Kuala Lumpur dan Genting Highland yang akan dibayar apabila tiba di destinasi."

Kenyataan itu juga memaklumkan mana-mana individu terlibat yang didapati bersalah boleh dikenakan tindakan mengikut Seksyen 205(1) Akta Pengangkutan Awam Darat 2010 (APAD 2010) yang memperuntukkan:

  • Denda tidak melebihi RM50,000 atau;
  • Penjara selama tempoh tidak lebih 5 tahun atau;
  • Kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Malah sesiapa yang bersubahat melakukan aktiviti ‘ulat’ juga boleh didakwa di bawah Seksyen 243(1) di bawah akta sama.

JPJ menasihatkan orang awam supaya menggunakan perkhidmatan pengangkutan sah sama ada melalui kaunter perkhidmatan di KLIA, KLIA 2 atau membuat tempahan melalui aplikasi e-hailing.

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Negeri Selango, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Negeri Selangor, Seksyen 205(1) Akta Pengangkutan Awam Darat 2010 (APAD 2010), Stesen Penguatkuasa KLIA, Terminal KLIA 2, ulat kereta sewa

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Tutup Berperingkat Mula 26 Oktober
    Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Tutup Berperingkat Mula 26 Oktober
  • Modenas Perkenal Kawasaki Z900 2025 di Glenmarie , Harga Mula RM47,800
    Modenas Perkenal Kawasaki Z900 2025 di Glenmarie , Harga Mula RM47,800
  • Honda CB650R 2026 Tampil Empat Warna Baharu, Teknologi E-Clutch
    Honda CB650R 2026 Tampil Empat Warna Baharu, Teknologi E-Clutch
  • Johan Raja Lawak Jadi 'Tauke' Kedai Motosikal EV dengan Sokongan GGR Motor
    Johan Raja Lawak Jadi 'Tauke' Kedai Motosikal EV dengan Sokongan GGR Motor

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev