• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Proton S70 2024 Lancar dalam Empat Varian dengan Enjin 1.5L Turbo, Harga Mula RM73.8k!

Proton S70 2024 Lancar dalam Empat Varian dengan Enjin 1.5L Turbo, Harga Mula RM73.8k!

November 28, 2023 By Shawkath Leave a Comment

40
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


PROTON Holdings Berhad sebentar tadi melancarkan model sedan segmen-C terbaharu, Proton S70 2024 ke pasaran Malaysia dalam empat varian pilihan.

Proton S70 2024, yang dikatakan pengganti model Preve, ditawarkan pada harga bermula serendah RM73,800 hingga RM94,800.

4 VARIAN, HARGA

PILIHAN WARNA

Ada tujuh pilihan warna ditawarkan untuk model Proton S70 (2024), berbeza mengikut varian. Varian Executive cuma hadir dalam dua warna, manakala Flagship X ada warna khas iaitu Quartz Black (hitam). Varian Flagship menerima pilihan warna paling banyak, iaitu enam warna.

Semua varian Proton S70 2024 menggunakan enjin petrol 3-silinder sebaris 12-injap 1,477cc DOHC Turbo berkuasa 150ps (148hp) @ 5,500rpm dan tork 226Nm @ 1,750rpm-4,000rpm.

Trenkuasa itu dipadankan kotak gear dual-klac (DCT) 7-kelajuan berserta mod manual. Aspek pemetaan enjin pula membabitkan tiga mod pemanduan, iaitu Eco, Normal dan Sport.

Sedan itu mampu menampung kapasiti petrol 50 liter. Bahagian roda menggunakan dua saiz rim aloi 16 inci dan 17 inci bergantung varian.

Menariknya, Proton menjadikan pakej keselamatan sebagai ciri standard untuk semua varian, manakala Sistem Bantuan Pemandu Termaju (ADAS) berbeza mengikut varian, iaitu empat ciri untuk Executive dan Premium. Dua varian tertinggi pula diberikan tambahan ciri lain.

Setiap pembelian diberikan waranti lima tahun tanpa had perbatuan, dan turut menerima pakej data  selama lima tahun dengan had 1GB sebulan, termasuk caj buruh enam kali percuma ketika servis kenderaan.

Related

40
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda4 Tagged With: Auto Terkini, DRB-Hicom, Geely, Proton, Proton S70, Proton S70 (2024), Roda4, Sedan kompak, sedan segmen-C, Senarai harga Proton S70

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
    #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
  • #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
    #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
  • BUDI95: JPJ Lanjut Operasi Kaunter Hujung Minggu Seluruh Malaysia
    BUDI95: JPJ Lanjut Operasi Kaunter Hujung Minggu Seluruh Malaysia
  • AEON Credit Taja Slot Wildcard Moto3 untuk Hakim Danish
    AEON Credit Taja Slot Wildcard Moto3 untuk Hakim Danish

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev