PERODUA Myvi versi dipertingkatkan (facelift) secara rasminya dilancarkan dan dijual pada harga bermula RM41,500 hingga RM58,900.
Berjaya merangkul sebagai model terlaris di Malaysia selama sembilan tahun berturut-turut, lebih daripada 800,000 unit Perodua Myvi berjaya dijual sejak ia diperkenalkan pada 2005.
Sebelum bercerita lebih lanjut apakah penambahbaikan yang dilakukan pada model baharu ini, adalah lebih baik memperkenalkan dahulu varian-varian ditawarkan.
Myvi facelift diperkenalkan dalam enjin bersesaran 1.3L dan 1,5L. Bagi Myvi 1.3L, ia didapati dalam dua varian iaitu Standard G dan Premium X. Manakala Myvi 1,5 pula ditawarkan dalam varian Special Edition (SE) dan Advance.
Lebih menggembirakan, ia menawarkan penampilan lebih segar termasuk peningkatan ciri keselamatan yang memberi nilai tambah kepada pengguna. Biarpun menerima penambahbaikan, Perodua tidak menaikkan harga sebaliknya berjaya mengurangkan harga selain memberikan peningkatan ciri bernilai RM4,500.
Jadi, apakah penambahbaikan yang sudah dilakukan pada Myvi facelift ini dan mampukah ia menarik minat anda untuk memilikinya? Jom kita lihat apa ciri-ciri tambahan disediakan buat rakyat Malaysia.
Myvi 1.3 Standard G & Premium X
REKAAN
- Rekaan gril hadapan baharu.
- Lampu LED belakang lebih cerah.
- Hendal pintu warna krom (Premium X)
- Rim aloi baharu.
DALAMAN
- Kehadiran radio bersama pemain cd dengan sambungan USB dan Bluetooth yang baharu. (Standard G hanya radio bersama pemain CD saja)
- Meter dengan pelbagai informasi pemanduan.
- Kerusi fabrik baharu warna coklat cerah.
- Tempat letak cawan pada bahagian corong penghawa dingin.
- Tempat letak tisu pada tempat duduk belakang.
- Penyangkut anti-kecurian.
KESELAMATAN
- Ciri seselamatan dipertingkatkan- ABS, EBD, BA (tidak terdapat pada Standard G)
– Mendapat pengiktirafan 4-bintang daripada ASEAN NCAP (dicapai menerusi penambahbaikan struktur kenderaan)
- Sensor keselamatan pada bahagian hadapan (Premium X saja)
- ISOFIX
Perodua Myvi 1.5 SE & Advance
REKAAN
- Kehadiran bampar baharu tampak sporty.
- Lampu depan projektor dan lampu belakang LED.
- Hendal pintu warna krom.
- Rim baharu (Rekaan Spiral)
DALAMAN
– Radio skrin sesentuh baharu dengan kamera undur
- Meter dengan pelbagai informasi pemanduan.
- Kerusi dibaluti kulit.
- Tempat letak cawan pada bahagian corong penghawa dingin.
- Tempat letak tisu pada tempat duduk belakang.
- Penyangkut anti-kecurian.
KESELAMATAN
– Hadir bersama ciri keselamatan standard yang dipertingkatkan (ABS, EBD, BA dan ISOFIX) bernilai RM3,800
– 4-bintang ASEAN NCAP
- Sensor keselamatan pada bahagian depan dan belakang.
- Penapis haba keselamatan.
WARNA: Penambahan dua warna baharu iaitu biru (1.5L) dan emas (1.3L). Menambah warna sedia ada iaitu oren, ungu, perak dan putih.
HARGA: Bermula RM41,500 hingga RM58,900 (Harga jualan adalah lebih rendah berbanding versi terdahulu)
WARANTI: Lima tahun atau 150,000km.
Leave a Reply