• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Bagnaia Juara MotoGP 2023! Martin Kecundang Selepas berlanggar dengan Marquez

Bagnaia Juara MotoGP 2023! Martin Kecundang Selepas berlanggar dengan Marquez

November 27, 2023 By Firdaus Khamaruddin Leave a Comment

FacebookTwitter


FRANCESCO Bagnaia
(Ducati Lenovo) aka Pecco menjuarai MotoGP 2023, yang juga kejuaraan GP kedua beliau selepas pencabar terdekat, Jorge Martin (Pramac Ducati) terbabit kemalangan.

Bagnaia bermula di grid pertama GP Valencia selepas Maverick Vinales (Aprilia Racing) dihukum penalti sebelum perlumbaan. Beliau kelihatan agresif untuk mendapatkan rentak selepas diasak ekstrem oleh Martin seawal beberapa pusingan perlumbaan.

Martin di posisi kedua memintas Bagnaia pada lap ketiga sebelum terlajak ke kanan trek selepas berlanggar belakang jentera Bagnaia yang menyebabkan tercicir ke tempat kelapan.

Selepas memintas Vinales dan berada di posisi keenam, harapan juara dunia berakhir selepas Martin merempuh Marc Marquez (Repsol Honda) hingga menyebabkan kedua-dua pelumba itu tersingkir.

Bagnaia, yang pada awal mendahului, terlebih dahulu dipintas Brad Binder (Red Bull KTM) selepas kemalangan Martin. Pelumba KTM itu mendahului lapan pusingan sebelum melakukan kesilapan pada pusingan ke-14 yang mengetepikan kedudukannya di kedudukan keenam.

Bagnaia kembali mendahului selepas kemalangan itu dengan diasak Johann Zarco (Pramac Ducati). Jack Miller (Red Bull KTM), yang turut mendahului pula terjatuh pada lap ke-20, sekali gus memberikan Bagnaia kelebihan kemenangan.

Fabio Di Giannantonio (Gresini Ducati) juga berjaya memintas Zarco dengan mencabar Bagnaia pada lap terakhir, tetapi cuma sekadar menamatkan di tempat kedua.

Musim akhir MotoGP 2023 kali ini mencatatkan sejarah menarik apabila tiga jentera Ducati menakluki podium. Namun, Di Giannantonio diturunken ke tempat keempat selepas dikesan melanggar syarat tekanan tayar, manakala Binder naik podium ketiga.

Bagnaia ialah pelumba ketiga dalam sejarah MotoGP yang berjaya mengekalkan kejuaraan dunia dua kali berturut-turut selepas Valentino Rossi dan Marquez.

KEPUTUSAN MOTOGP VALENCIA 2023
  1. Francesco Bagnaia ITA Ducati Lenovo (GP23) 40m 58.535s
  2. Johann Zarco FRA Pramac Ducati (GP23) +0.360s
  3. Brad Binder RSA Red Bull KTM (RC16) +2.347s
  4. Fabio Di Giannantonio ITA Gresini Ducati (GP22) +3.176s
  5. Raul Fernandez SPA RNF Aprilia (RS-GP22) +4.636s
  6. Alex Marquez SPA Gresini Ducati (GP22) +4.708s
  7. Franco Morbidelli ITA Monster Yamaha (YZR-M1) +4.736s
  8. Aleix Espargaro SPA Aprilia Racing (RS-GP23) +8.014s
  9. Luca Marini ITA Mooney VR46 Ducati (GP22) +9.486s
  10. Maverick Viñales SPA Aprilia Racing (RS-GP23) +10.556s
  11. Fabio Quartararo FRA Monster Yamaha (YZR-M1) +12.001s
  12. Takaaki Nakagami JPN LCR Honda (RC213V) +21.695s
  13. Lorenzo Savadori ITA RNF Aprilia (RS-GP22) +43.297s
  14. Pol Espargaro SPA Tech3 GASGAS (RC16) +2 laps
  • Alex Rins SPA LCR Honda (RC213V) DNF
  • Jack Miller AUS Red Bull KTM (RC16) DNF
  • Enea Bastianini ITA Ducati Lenovo (GP23) DNF
  • Augusto Fernandez SPA Tech3 GASGAS (RC16)* DNF
  • Marc Marquez SPA Repsol Honda (RC213V) DNF
  • Jorge Martin SPA Pramac Ducati (GP23) DNF
  • Marco Bezzecchi ITA Mooney VR46 Ducati (GP22) DNF

SUMBER: MotoGP Live | Crash.net

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda2 Tagged With: Auto Terkini, Francesco Bagnaia, GP Valencia 2023, Juara MotoGP 2023, MotoGP 2023, sukan permotoran

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Honda Forza 125 2026 Perkenal Warna Baharu, Edisi Khas di Eropah
    Honda Forza 125 2026 Perkenal Warna Baharu, Edisi Khas di Eropah
  • Morbidelli C252V 2025 - Cruiser 250cc dengan Enjin V-Twin!
    Morbidelli C252V 2025 - Cruiser 250cc dengan Enjin V-Twin!
  • Proton Saga Serba Baharu Catat 10,000 Tempahan Dalam 5 Hari, Satu Setiap 43 Saat!
    Proton Saga Serba Baharu Catat 10,000 Tempahan Dalam 5 Hari, Satu Setiap 43 Saat!
  • MBSA Mula Tunda Kenderaan Terbiar Januari 2026
    MBSA Mula Tunda Kenderaan Terbiar Januari 2026

Pandu Uji

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my