• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Bayar RM1,200 untuk Lesen Memandu di Facebook Tapi...

Bayar RM1,200 untuk Lesen Memandu di Facebook Tapi...

November 24, 2023 By Shawkath Leave a Comment

FacebookTwitter


NAMPAKNYA ada lagi individu yang masih percaya kepada janji manis sindiket penjualan lesen memandu di media sosial hingga sanggup membuat bayaran bernilai empat angka!

Perkara itu terbongkar selepas Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) Ampang Jaya membuat sekatan jalan raya (SJR) di Jalan Kemajuan Kg Pandan di Ampang, Kuala Lumpur.

Seorang penunggang motosikal yang ditahan di SJR itu menghulurkan lesen memandu kepada anggota bertugas, tetapi kad dihulurkan itu nampak mencurigakan.

Anggota polis yang bertugas kemudian membuat membuat semakan lanjutan menggunakan sistem MCOPS dan mendapati lesen memandu itu tiada rekod berdaftar dalam data Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

Akhirnya, penunggang itu membuat pengakuan membeli lesen tersebut daripada seorang kenalan yang baru dikenali di Facebook pada harga RM1,200.

Suspek dan motosikalnya ditahan serta dibawa ke BSPT Ampang Jaya untuk tindakan lanjut. Kes disiasat di bawah Seksyen 108 (3)(e) Akta Pengangkutan Jalan 1987. Jika sabit kesalahan, boleh didenda RM5,000 hingga RM20,000 atau penjara 12 bulan hingga lima tahun atau kedua-duanya sekali.

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda2 Tagged With: Auto Terkini, Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Ampang Jaya, Beli lesen memandu, BSPT Ampang Jaya, sistem MCOPS

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Yamaha TMAX 560 25th Anniversary ABS 2026 Jepun Tampil Ciri Unik, Harga RM39.7k
    Yamaha TMAX 560 25th Anniversary ABS 2026 Jepun Tampil Ciri Unik, Harga RM39.7k
  • EV Nasional Pertama Malaysia Perodua QV-E 2026 Lancar, Harga RM80k dengan Model Bateri 'Sewa'
    EV Nasional Pertama Malaysia Perodua QV-E 2026 Lancar, Harga RM80k dengan Model Bateri 'Sewa'
  • DURABIO™ - Usaha Honda Untuk Alam Sekitar, Guna Pada Cermin Motosikal X-ADV, Fairing NT1100
    DURABIO™ - Usaha Honda Untuk Alam Sekitar, Guna Pada Cermin Motosikal X-ADV, Fairing NT1100
  • Honda Malaysia Rai Ulang Tahun ke-25 dengan Hadiah Bernilai hingga RM1 Juta!
    Honda Malaysia Rai Ulang Tahun ke-25 dengan Hadiah Bernilai hingga RM1 Juta!

Pandu Uji

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my