• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Sendok Group Lancar Van Komersial Elektrik CAM EA4 (2023), Boleh Pandu Hingga 400km!

Sendok Group Lancar Van Komersial Elektrik CAM EA4 (2023), Boleh Pandu Hingga 400km!

November 24, 2023 By Shawkath Leave a Comment

58
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


SELEPAS pengenalan CAM EC35 pada Januari lalu, Sendok Group meluaskan tawaran van elektrik di pasaran tempatan menerusi pelancaran CAM EA4 di Pameran E Mobility Asia di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur, di KLCC, baru-baru ini.

CAM EA4 (2023) memiliki saiz lebih besar berbanding CAM EC35. Ini ialah van elektrik penuh versi CAM Placer-X A4 yang bakal membuka peluang baharu kepada pengusaha perniagaan menaik taraf barisan flit kenderaan enjin pembakaran dalaman (ICE) kepada mobiliti hijau.

Menariknya, CAM EA4 (2023) menawarkan jarak pemanduan paling jauh dalam segmen van komersial elektrik tempatan, iaitu 400km mengikut ujian Kitaran Pemanduan Eropah Baharu (NEDC).

Van elektrik baharu itu ditawarkan pada harga RM215,800 dengan waranti pengilang enam tahun, atau jarak perbatuan 200,000km (mana satu tiba dulu).

Majlis perasmian disempurnakan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI), Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Abdul Aziz.

Ada dua versi ditawarkan iaitu:

  • Van panel dengan ruang kargo 7,000 liter, dan mampu menampung beban 1,025kg.
  • Van tingkap mampu membawa 12 penumpang, termasuk pemandu dengan baris tempat duduk boleh lipat, pintu gelangsar lebar dan dilengkapi penyaman udara belakang dengan enam corong.

PERINCIAN

  • Hanya satu trenkuasa elektrik ditawarkan, iaitu unit motor dengan output kuasa 134hp (100kW), dan tork 320Nm.
  • Kuasa bateri boleh dicas semula dengan pembrekan regeneratif.
  • Kelajuan maksimum 100kmj.
  • Pek bateri litium-besi-fosfat (LFP) berkapasiti 60.1kWh, atau 86.1kWh.
  • Tempoh mengecas:
    • Pengecas AC: 6.6kW, jika dinaik taraf kepada 22kW, masa mengecas 20-80 peratus bateri cuma 3.5 jam.
    • Pengecas DC: 1.5 jam untuk 20-80 peratus.
  • Dilengkapi unit infotainment skrin sentuh LCD 7 inci dengan empat pembesar suara, dan ada pemain MP3, port USB, auksiliari (AUX) dan Bluetooth.
  • Pembeli diberikan opsyen tambahan cermin sisi automatik yang disepadu dengan lampu signal belok LED, kamera dan sensor undur, lampu brek ketiga dan lampu kabus depan.
  • Ciri keselamatan terdiri daripada beg udara untuk pemandu dan penumpang depan, penggera tali keledar, amaran pejalan kaki (halaju rendah), kawalan halaju, sensor undur, Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) dengan Agihan Brek Elektronik (EBD).

Setakat kini, Sendok Group sudah menjual 200 unit CAM EV (2023) di Malaysia dengan menyediakan program Unit Sokongan Mobil CAM (C-MSU) sebagai perkhidmatan bantuan selain memenuhi keperluan pelanggan flit.

CAM EA4 - 1
CAM EA4 - 4
CAM EA4 - 8
CAM EA4 - 10
CAM EA4 - 11
CAM EA4 - 12
CAM EA4 - 3
CAM EA4 - 6
CAM EA4 - 15
CAM EA4 - 7
CAM EA4 - 5
CAM EA4 - 9

Related

58
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda4 Tagged With: CAM EA4, CAM Placer-X A4, CAM Placer-X A4 Elektrik, Pameran E Mobility Asia, Sendok Group, Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Abdul Aziz

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
    Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
  • GAC Malaysia Umum Datuk Remy Ishak Jadi Duta Baharu!
    GAC Malaysia Umum Datuk Remy Ishak Jadi Duta Baharu!
  • JAECOO E5 2025 Lancar di UK dengan Jarak Pandu 399km, Bakal Masuk Malaysia?
    JAECOO E5 2025 Lancar di UK dengan Jarak Pandu 399km, Bakal Masuk Malaysia?
  • JPJ Buka Bidaan Nombor Plat 'SIS' Sempena Ulang Tahun Keputeraan Sultan Selangor
    JPJ Buka Bidaan Nombor Plat 'SIS' Sempena Ulang Tahun Keputeraan Sultan Selangor

PANDU UJI

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev