• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Sembang Deras / #SembangDeras: Apa Cerita Motosikal Malaysia Wajib Ada ABS 2024?

#SembangDeras: Apa Cerita Motosikal Malaysia Wajib Ada ABS 2024?

November 24, 2023 By Aryon Leave a Comment

FacebookTwitter


MUNGKIN ramai sudah lupa Malaysia lebih setahun lalu pernah dipuji Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu atas keputusan mewajibkan ciri Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) untuk semua motosikal baharu pasaran tempatan.

Inisiatif tersebut dicetuskan Menteri Pengangkutan ketika itu, Dr Wee Ka Siong yang mendapat sokongan dan pujian Utusan Khas Setiausaha Agung PBB untuk Keselamatan Jalan Raya, Jean Todt.

Tahukah anda, berdasarkan rekod polis, 80,952 penunggang motosikal maut akibat kemalangan di Malaysia sejak 2001.

Malah pada Januari hingga Ogos 2021 (pasca Covid-19), 70 daripada 100 kematian jalan raya ialah penunggang motosikal, sekali gus meletakkan Malaysia hampir mengatasi Thailand sebagai negara paling tinggi dunia dengan kadar kematian penunggang motosikal.

Bagaimanapun, Todt mengingatkan ABS tidak sepatutnya dianggap sebagai ukuran keselamatan muktamad untuk motosikal seperti menggantikan pemakaian helmet. Beliau turut menggesa pengeluar motosikal global mematuhi regulasi keselamatan kenderaan Malaysia.

Selepas Kerajaan bertukar ganti, masih tiada pengulangan kenyataan mengenai insiatif tersebut. Mungkin kita boleh anggap saja perkara itu sudah termaktub dalam ujian pengesahan kenderaan (VTA) untuk motosikal baharu di Malaysia. Jika berdasarkan artikel lalu (Julai 2022), maka Julai 2024 genaplah dua tahun seperti diperkatakan itu.
Jadi, penghujung tahun depan akan menyaksikan semua motosikal Malaysia dilengkapi ABS. Bagaimanapun buat masa ini, masih tidak semua motosikal Malaysia dipasang ABS.
Apa yang positif pula, semua motosikal tempatan hari ini boleh dikatakan sudah diberikan sekurang-kurangnya satu brek cakera pada roda depan. Namun pelaksanaan ABS masih terhad pada motosikal 150cc ke atas. Itupun model tertentu dalam segmen kecil seperti kapcai masih tiada ciri ABS seperti Yamaha Y15ZR, dan Y16ZR,  Honda RS150R dan beberapa model skuter.

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Roda2, Sembang Deras Tagged With: ABS, JPJ, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), sembang deras, Sistem Brek Anti-Kunci (ABS)

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Tutup Berperingkat Mula 26 Oktober
    Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Tutup Berperingkat Mula 26 Oktober
  • Modenas Perkenal Kawasaki Z900 2025 di Glenmarie , Harga Mula RM47,800
    Modenas Perkenal Kawasaki Z900 2025 di Glenmarie , Harga Mula RM47,800
  • Honda CB650R 2026 Tampil Empat Warna Baharu, Teknologi E-Clutch
    Honda CB650R 2026 Tampil Empat Warna Baharu, Teknologi E-Clutch
  • Johan Raja Lawak Jadi 'Tauke' Kedai Motosikal EV dengan Sokongan GGR Motor
    Johan Raja Lawak Jadi 'Tauke' Kedai Motosikal EV dengan Sokongan GGR Motor

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev