AVETA Malaysia Sdn Bhd hari ini rasmi melancarkan kapcai advencer Aveta Ranger Max Explorer (2023), yang juga moped cekap tenaga (EEV) pertama di Malaysia, pada harga RM6,988, tidak termasuk insurans dan cukai jalan.
Mensasarkan pembeli dalam kalangan peminat motosikal urban off-road dan GenZ, kapcai gaya lasak ini direka khas untuk kegunaan atas jalan raya biasa dan off-road.
Berikut perincian mengenai Aveta Ranger Max Explorer (2023):
- Ditawarkan dalam dua warna pilihan: Sierra Yellow (kuning) dan Forest Green (hijau),
- Dijana enjin karburetor 4-lejang silinder tunggal 127cc SOHC penyejukan udara dan dipadankan transmisi klac automatik 4-kelajuan jenis rotari.
- Output kuasa 10hp (7.5kW) dan tork 10.5Nm.
- Sistem brek menggunakan brek cakera 2-piston di depan dan brek dram (belakang).
- Frem jenis T-bone ganda dengan rekabentuk dipaten khas untuk mendapatkan casis ringan dan kuat bagi kestabilan dan pengendalian off-road.
- Tinggi pelana 760mm. Jarak tinggi bumi 180mm. Posisi peg kaki dilaras untuk keselesaan maksimum ketika menunggang sama ada duduk atau berdiri.
- Kapasiti tangki minyak 8.5 liter, terbesar dalam segmen kapcai.
- Sistem suspensi fork teleskopik di depan dan dwi-absorber dengan katrij gas (belakang).
- Ciri unik ditawarkan ialah lampu LED penuh untuk lampu utama dan lampu siang (DRL), lampu signal belok, dan lampu belakang, panel meter LCD digital penuh,, port USB
- Waranti pengilang dua tahun atau perbatuan 20,000km, mana satu tiba dulu.
Pengarah Urusan Kumpulan Aveta Malaysia, Steven Lim berkata, Ranger Max Explorer (2023) diperkenalkan bagi memenuhi permintaan berikutan kejayaan kapcai Aveta Ranger 110 yang terjual lebih 10,000 unit sejak dilancarkan pada 2021.
Aveta yakin Ranger Max Explorer (2023) baharu mampu menarik minat penggemar aktiviti luar dan lasak.
Matlamat kami adalah menjangkau bukan sekadar menyediakan motosikal kegunaan harian. Kami mahu Aveta dikaitkan dengan motosikal gaya hidup pada harga berpatutan tanpa had pengembaraan dan keseronokan.”
Aveta kini dalam proses mempertingkat rangkaian sokongan jualan dan khidmat selepas jualan dalam usaha mengukuhkan keyakinan pengguna terhadap jenama tersebut.
Leave a Reply