SELAIN pembukaan bilik pameran pertama Ferrari dan pelancaran Ferrari Purosangue , Ital Auto Malaysia turut memperkenalkan Ferrari Roma Spider ke pasaran Malaysia.
Ferrari Roma Spider ditawarkan pada harga RM3.2 juta, termasuk duti dan cukai yang turut dipamerkan di bilik pameran Ferrari Kuala Lumpur. Berikut perincian supercar tersebut:
- Enjin V8 90° 3,855cc pengecas turbo kembar dengan output kuasa 611hp @ 5,750rpm-7,500rpm dan tork 760Nm @ 3,000-5,750rpm. yang dipadankan transmisi dual-klac (DCT) F1 8-kelajuan (F1 DCT).
- Julat rev maksimum 7,500rpm.
- Dimensi panjang 4,656mm, lebar 1,974mm dan tinggi 1,306mm, manakala jarak roda 2,670mm.
- Berat kering menerusi penggunaan komponen ringan 1,556kg.
- Kapasiti tangki petrol 80 liter. Kapasiti but 255 liter.
- Rim 20 inci dengan tayar saiz 245/35 (depan), dan 285/35 (belakang).
- Brek cakera 390mm (depan), dan 360mm (belakang).
- Kelajuan maksimum lebih 320kmj. Pecutan 0-100kmj sepantas 3.4 saat.
Leave a Reply