• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Jenama Ferrari Kembali ke Malaysia, Buka Bilik Pameran Pertama di Kuala Lumpur

Jenama Ferrari Kembali ke Malaysia, Buka Bilik Pameran Pertama di Kuala Lumpur

November 22, 2023 By Shawkath Leave a Comment

FacebookTwitter


PADA Mac lalu, Ferrari S.p.A memutuskan menamatkan kolaborasi dengan NAZA Italia, tetapi dua bulan kemudian, Ital Auto diumumkan sebagai pengimport dan pengedar rasmi baharu jenama supercar Itali itu untuk pasaran Malaysia.

Ital Auto Malaysia memulakan perniagaan menerusi pembukaan bilik pameran pertama Ferrari di Four Seasons Place Kuala Lumpur di ibu kota.

Dieter Knechtel
Dieter Knechtel
Zahir Kelvin Ong Abdullah
Zahir Kelvin Ong Abdullah

Dinamakan Ferrari Ital Auto Malaysia, bilik pameran berkeluasan 3,826 kaki persegi itu menjanjikan pengalaman baharu buat pemilik Ferrari dan pelanggan berpotensi.

Ruang pameran premis itu mampu memuatkan dua unit Ferrari pada satu-satu masa yang kini dipenuhi dua model baharu, iaitu Ferrari Purosangue dan Ferrari Roma Spider.

bilik pameran ferrari - 1
bilik pameran ferrari - 2

Majlis perasmian disempurnakan Presiden Ferrari Hab Timur Jauh dan Timur Tengah, Dieter Knechtel, Pengarah Eksekutf Ital Auto Malaysia, Zahir Kelvin Ong Abdullah, dan Pengurus Besar Ital Auto Malaysia, Damien Woo.

Bilik pameran berkenaan berperanan sebagai pusat jualan Ferrari yang dikendali pasukan petugas berpengalaman tinggi yang juga boleh dianggap sebagai duta kecil Ferrari.

Di sudut premis itu, terpampang skrin besar yang memaparkan video Pengalaman Jenama untuk memberi maklumat mengenai sejarah perlumbaan Ferrari.

ferrari kuala lumpur - 13
ferrari kuala lumpur - 14

Juga ada satu ruang khas depan di ruang pameran yang mempamerkan material dan komponen boleh dipilih pelanggan ketika membuat tempahan Ferrari mereka.

ferrari kuala lumpur - 18
ferrari kuala lumpur - 19

Ruangan istirahat pula direka berkonsepkan Identiti Korporat Ferrari terkini. Di sebelah ruang pameran, pengunjung boleh memasuki perpustakaan warisan Ferrari yang menyediakan pelbagai bahan pameran dan bacaan.

Ital Auto Malaysia juga berfungsi sebagai pusat servis khas di Glenmarie, Shah Alam (Selangor) untuk membaik pulih dan menyenggara kenderaan Ferrari dengan bantuan juruteknik berpengalaman lebih 10 tahun yang diiktiraf Ferrari serta menggunakan peralatan diagnostik khas. Ini termasuk menyediakan alat ganti tulen.

Bilik pameran Ferrari Ital Auto Malaysia dibuka jam 10 pagi hingga 7 malam (hari bekerja) dan 10 pagi hingga 4 petang (hari minggu). Pelanggan juga boleh membuat janji temu di sini atau hubungi saja talian 03-2303 9888.

ferrari kuala lumpur - 5
ferrari kuala lumpur - 7
ferrari kuala lumpur - 2
ferrari kuala lumpur - 3
ferrari kuala lumpur - 10
ferrari kuala lumpur - 11
ferrari kuala lumpur - 12
ferrari kuala lumpur - 15
ferrari kuala lumpur - 16
ferrari kuala lumpur - 17
ferrari kuala lumpur - 20

 

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda4 Tagged With: Auto Terkini, Damien Woo, Dieter Knechtel, Ferrari Malaysia, FERRARI S.p.A, Four Seasons Place Kuala Lumpur, Ital Auto Malaysia, Naza Italia, Zahir Kelvin Ong Abdullah

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
    #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
  • #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
    #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
  • BUDI95: JPJ Lanjut Operasi Kaunter Hujung Minggu Seluruh Malaysia
    BUDI95: JPJ Lanjut Operasi Kaunter Hujung Minggu Seluruh Malaysia
  • Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman
    Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev