• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Toyota Proace Max, Van EV Komersial Saiz Besar, Kapasiti Kargo 17 m3!

Toyota Proace Max, Van EV Komersial Saiz Besar, Kapasiti Kargo 17 m3!

July 27, 2024 By Abang Hirata Leave a Comment

FacebookTwitter

DI EROPAH, Toyota mempunyai siri van komersial yang dipanggil Proace. Siri itu terdiri daripada Proace, Proace City dan terbaru Proace Max yang juga paling besar!

Menariknya kesemua model menggunakan rangkaian kuasa elektrifikasi termasuk pikap Hilux dengan teknologi mild-hybrid atau dipanggil Hilux Hybrid 48V.

Proace Max baharu diperkenal pada 15 November dan hasil kerjasama Stellantis yang bermakna berkongsi dengan jenama lain seperti Fiat, Peugeot dan beberapa lagi.

Bahagian depan tampil garang dan tidak membosankan dan rim juga direka menarik. Proace Max mempunyai enam konfigurasi dengan dua ukuran jarak roda, tiga saiz panjang dan tiga jenis ketinggian.

Bagi varian paling besar, kapasiti kargo seluas 17 meter persegi atau dalam gambaran mudah bersamaan 17,000 liter!.

Memuatkan barang juga mudah melalui pintu ketinggian penuh dan berpetak. Pertama untuk van Toyota, pintu boleh dibuka sehingga 270 darjah.

Sebagai sebuah kenderaan elektrik, Proace Max boleh dipandu sehingga 420 kilometer (WLTP).

Satu lagi yang menarik, platform Proace Max boleh diubah kepada lori tipper dengan curahan satu atau tiga arah dan kotak kargo bukaan tepi. Bahagian dalam juga boleh dipesan dengan dua baris tempat duduk.

Toyota Proace Max 2023.01
Toyota Proace Max 2023.02
Toyota Proace Max 2023.03
Toyota Proace Max 2023.04
Toyota Proace Max 2023.05
Toyota Proace Max 2023.06
Toyota Proace Max 2023.07
Toyota Hilux dan Proace

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Toyota, Toyota ProAce, Toyota Proace Max

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
    #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
  • #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
    #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
  • Kawasaki Nilai Jadi Outlet All Star 4S ke-10 Dibuka di Malaysia
    Kawasaki Nilai Jadi Outlet All Star 4S ke-10 Dibuka di Malaysia
  • Yamaha BOLT (2020) Lancar dengan Penuh Gaya, Harga Bermula RM39k
    Yamaha BOLT (2020) Lancar dengan Penuh Gaya, Harga Bermula RM39k

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev