• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Jalan Berlubang Dominasi Carta Aduan Aplikasi MYJalan, Tapi Bukan Semua Bawah Seliaan KKR

Jalan Berlubang Dominasi Carta Aduan Aplikasi MYJalan, Tapi Bukan Semua Bawah Seliaan KKR

November 20, 2023 By Shawkath Leave a Comment

FacebookTwitter


APLIKASI MYJalan menerima 4,598 aduan setakat 17 November 2023 berhubung pelbagai masalah dan kerosakan jalan raya, meningkat 516 aduan dalam tempoh seminggu.

Bagaimanapun, bukan semua aduan diterima aplikasi MYJalan terletak bawah bidang kuasa Kementerian Kerja Raya (KKR) atau agensinya, Jabatan Kerja Raya (JKR) kerana sebahagian di bawah seliaan agensi lain (jalan Negeri dan fasiliti Negeri).

myaduan - 2
myaduan - 1

Berdasarkan maklumat, hanya 1,249 aduan diterima membabitkan laluan jalan raya bawah seliaan JKR dan Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM). Baki aduan 3,349 kes lagi adalah luar bidang kuasa KKR (lihat no wrong door policy).

Walaupun bukan berada di bawah tugas KKR, Kementerian tetap menerima aduan dan membantu menyalurkan maklumat kepada pihak berkuasa tempatan (PBT) terlibat.

STATISTIK ADUAN

statistik aduan aplikasi myjalan - 2
statistik aduan aplikasi myjalan - 1

Berdasarkan pecahan kes di bawah bidang kuasa KKR bertarikh 10 November dan 17 November, nampaknya hampir semua kategori menunjukkan berlaku kenaikan aduan.

Dua kategori, iaitu perabot jalan dan kemudahan awam merekod tiada perubahan kes, iaitu jumlah sama, manakala kategori garisan jalan pula menunjukkan penurunan satu kes.

Aduan paling banyak diterima aplikasi MYJalan, ialah jalan berlubang, lampu jalan, jalan rosak dan lampu isyarat. Empat kategori itu mengekalkan aduan tiga digit sama seperti minggu lalu.

 

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Jabatan Kerja Raya (JKR), Kementerian Kerja Raya (KKR), Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM), MyJalan KKR, roda2, Roda4

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • Bas Bawa Pelajar UPSI Tayar Pecah Terbabas Masuk Longkang, 17 Cedera
    Bas Bawa Pelajar UPSI Tayar Pecah Terbabas Masuk Longkang, 17 Cedera
  • #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
  • #TahukahAnda: Apakah Kawalan Traksi (TRC)? Bagaimanakah Ia Berfungsi?
    #TahukahAnda: Apakah Kawalan Traksi (TRC)? Bagaimanakah Ia Berfungsi?

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev