• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / Aston Martin Vanquish S Red Arrows Edition Angkat Kehebatan Pasukan Aerobatik Udara Britain

Aston Martin Vanquish S Red Arrows Edition Angkat Kehebatan Pasukan Aerobatik Udara Britain

April 15, 2017 By Abang Hirata Leave a Comment

56
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


PEMINAT aksi pesawat udara pasti mengenali pasukan Red Arrows daripada Tentera Udara Diraja (RAF) Britain. Pasukan aerobatik itu, yang menggunakan pesawat pejuang Hawk T1A, ditubuhkan pada 1965 dan banyak melakukan persembahan serata dunia, termasuk Malaysia pada Oktober tahun lalu.

Populariti Red Arrows meletakkan pasukan itu sebagai antara ikon Britain. Malah turut diakui pengeluar automobil mewah Britain, Aston Martin apabila melancarkan model edisi khas, Vanquish S Red Arrows Edition. Model edisi khas dikeluarkan 10 unit sahaja dengan ciri rekaan khas yang mengetengahkan kehebatan pasukan udara itu.

ASTON MARTIN MERAH MENYALA?

red-arrows-raf-britain-2
red-arrows-raf-britain-3
red-arrows-raf-britain-1
red-arrows-raf-britain-4

Ini sesuatu yang rare, kerana warna itu - diberikan nama Eclat Red - adalah merujuk kepada slogan Red Arrows, iaitu kecemerlangan. Berikut ialah ciri khas lain Aston Martin Vanquish S Red Arrows Edition:

  • Kemasan hijau Pinewood sempena sut penerbangan klasik dan fabrik kerusi lenting Martin Baker Ejection.
  • Logo Red Arrows dengan 9 pesawat dalam formasi berlian disulam belakang kerusi.
  • Plak dengan angka satu hingga 10 sebagai tanda edisi terhad.
  • Logo rasmi Pasukan Aerobatik RAF Britain disulam pada panel transmisi.
  • Ruang duduk belakang dikhaskan untuk simpanan dua helmet dengan grafik Red Arrows.
  • Panel bumbung gentian karbon dengan corak 'charge' seperti pada jet yang terbang pantas.
  • Bendera Union Jack pada spoiler belakang.
  • Ekzos titanium.

Pembeli Aston Martin Vanquish S Red Arrows Edition turut mendapat aksesori berikut:

  • Jaket bomber - kini popular dalam kalangan peminat fesyen pakaian.
  • Set bagasi Vanquish S.
  • Model kereta 1:18 kereta dan pesawat Hawk T1A.
  • Penutup kereta rekaan khas.
  • Buku Binaan (Build Book)

Aston Martin Vanquish S Red Arrows Edition nyata bertepatan dengan aspek kuasa dan karakter pengendalian yang menggambarkan prestasi pesawat pejuang Hawk T1A oleh BAE Systems. Sebagai makluman, model edisi khas ini dibina Q by Aston Martin, iaitu divisi khas yang menumpukan kepada projek edisi khas seperti model V12 Vantage S Spitfire 80 Edition dan Vantage S Blades Edition.

Seperkara yang menarik, pesawat pejuang digunakan Red Arrows cuma ada 9 berbanding 10 dikeluarkan Q by Aston Martin. Kereta ke-10 akan dihadiahkan kepada RAF Benevolent Fund, iaitu badan kebajikan yang memberi sokongan kepada bekas tentera dan keluarga mereka.

GALERI

The Q by Aston Martin Vanquish S Red Arrows edition 2017.05
The Q by Aston Martin Vanquish S Red Arrows edition 2017.04
The Q by Aston Martin Vanquish S Red Arrows edition 2017.02
The Q by Aston Martin Vanquish S Red Arrows edition 2017.01
The Q by Aston Martin Vanquish S Red Arrows edition 2017.03

Related

56
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda4 Tagged With: Aston Martin, Aston Martin Vanquish S Red Arrows, Aston Martin Vanquish S Red Arrows Edition, Q by Aston Martin, RAF Britain, Roda4, Royal Air Force Britain

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Sekitar Lembah Klang Tutup Sempena Sidang Kemuncak ASEAN
    Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Sekitar Lembah Klang Tutup Sempena Sidang Kemuncak ASEAN
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • MForce Bike Lancar QJMotor AX200s 2025 untuk Pasaran Malaysia, Harga RM7.9k!
    MForce Bike Lancar QJMotor AX200s 2025 untuk Pasaran Malaysia, Harga RM7.9k!
  • CFMoto 250NK Lite 2025 Masuk Pasaran Malaysia, Harga RM9.8k!
    CFMoto 250NK Lite 2025 Masuk Pasaran Malaysia, Harga RM9.8k!

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev