• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Suami Maut, Isteri Cedera Myvi Langgar Polo Elak Monyet di LPT2

Suami Maut, Isteri Cedera Myvi Langgar Polo Elak Monyet di LPT2

November 16, 2023 By Shawkath Leave a Comment

FacebookTwitter


SUAMI terkorban, manakala isterinya cedera dalam kemalangan membabitkan dua kenderaan di KM314.5 Lebuh Raya Pantai Timur 2 (LPT2) sebelum susur keluar Plaza Tol Kerteh, petang semalam.

Insiden berlaku kira-kira jam 6.10 petang membabitkan kereta dipandu mangsa, jenis Perodua Myvi dengan Volkswagen Polo.

myvi-langgar-vw-polo-lpt2-2
myvi-langgar-vw-polo-lpt2-1

Mangsa, Tengku Shaharulhisham Tengku Yahya, 52, dari Taman Alam Perdana, Kemaman meninggal dunia di tempat kejadian. Isterinya, Nor Azlina Hamzah, 44, cedera dan dihantar ke Hospital Kemaman.

Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan Hanyan Ramlan berkata, mangsa dan isteri dalam perjalanan ke kedainya di bandar Dungun.

Kemalangan dipercayai berlaku apabila sebuah kereta jenis Volkswagen Golf dipandu seorang wanita berusia 41 tahun berada di lorong sebelah kiri.

"Kereta (Polo) terbabit dikatakan mengubah ke lorong kanan kerana mengelak sekumpulan monyet yang berada di lorong kiri," katanya.

myvi-langgar-vw-polo-lpt2-3
myvi-langgar-vw-polo-lpt2-4

Tindakan itu menyebabkan Myvi dipandu mangsa gagal mengelak dan merempuh belakang Polo tersebut sebelum terbabas ke kiri jalan dan melanggar besi pengadang jalan.

Kemalangan menyebabkan kedua-dua mangsa tercampak keluar dari kenderaan. Mayat mangsa dibawa ke Unit Forensik Hospital Kemaman untuk proses bedah siasat.

Kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

SUMBER: HMetro

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda4 Tagged With: Auto Terkini, Kemalangan Elak Monyet, kemalangan jalan raya, kemalangan lPT2, Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2), Perodua Myvi, Volkswagen Polo

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Sekitar Lembah Klang Tutup Sempena Sidang Kemuncak ASEAN
    Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Sekitar Lembah Klang Tutup Sempena Sidang Kemuncak ASEAN
  • Lelaki Curi Kenderaan Majikan Terlibat Dua Kemalangan Sebelum Maut Dirempuh Lori
    Lelaki Curi Kenderaan Majikan Terlibat Dua Kemalangan Sebelum Maut Dirempuh Lori
  • AFA Prime: Projek Lebar Lebuhraya KL-Karak Bermula Q2 2025
    AFA Prime: Projek Lebar Lebuhraya KL-Karak Bermula Q2 2025

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev