• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda2 / Honda Super Cub 110 (2024) Kini Ditawarkan dalam Warna Jingga Terang di Jepun

Honda Super Cub 110 (2024) Kini Ditawarkan dalam Warna Jingga Terang di Jepun

November 21, 2023 By Abang Hirata Leave a Comment

FacebookTwitter


MODEL kapcai ikonik Honda Super Cub 110 (2024) menerima warna baharu terang untuk pasaran Jepun, Flare Orange Metallic (jingga) yang biasa jadi pilihan pemilik untuk membaik pulih Honda Cub mereka.

Warna jingga itu dipadankan paten rim berbeza depan dan belakang berwarna putih. Ya, jarang benar model Honda dibuat dalam warna tersebut kecuali Acura di Amerika Syarikat (AS).

Selain jingga, pelanggan juga boleh memilih empat warna sedia ada, iaitu Glint Wave Blue Metallic, Tasmanian Green Metallic, Virgin Beige dan Classical White.

Pengenalan itu dibuat bersama satu lagi model ikonik Cross Cub 110 (2024) yang kedua-duanya diedarkan di Jepun pada 14 Disember depan.

Honda Cross Cub (2024) dibuat dalam warna baharu Matte Jeans Blue Metallic, iaitu tambahan kepada Matte Armored Green Metallic dan Pearl Deep Mud Gray.

Super Cub 110 (2024) dan Cross Cub 110 (2024) dijana enjin 4-lejang JA59E 109cc OHC yang menghasilkan output kuasa 6hp (8ps) @ 7,500rpm, dan tork 8.8Nm @ 5,500 rpm.

Enjin itu dipadankan transmisi klac rotari automatik 4-kelajuan dan menggunakan sistem suntikan bahan api PGM-FI. Kedua-dua model juga dibekalkan tangki petrol berkapasiti 4.1 liter dan brek depan cakera berserta Sistem Brek Anti-Kunci (ABS).

Panel meter LCD memaparkan maklumat seperti posisi gear, jam, purata penggunaan petrol dan lain-lain. Berikut perbezaan antara Super Cub 110 dan Cross Cub 110.

Dimensi (Panjang x Lebar x Tinggi; Jarak Roda)

  • Super Cub 110: 1,860mm x 705mm x 1,040mm; 1,205mm
  • Cross Cub 110: 1,935mm x 795mm x 1,110mm; 1,230mm

Tinggi Pelana dan Tinggi Bumi

  • Super Cub 110: 738mm; 138mm
  • Cross Cub 110: 784mm; 163mm

Berat

  • Super Cub 110: 101kg
  • Cross Cub 110: 107kg

Radius Pusingan Minimum

  • Super Cub 110: 1.9
  • Cross Cub 110: 2.0

Saiz Tayar

  • Super Cub 110: 70/90-17M/C 38P (depan); 80/90-17M/C 50P (belakang)
  • Cross Cub 110: 80/90-17M/C 44P (depan dan belakang)

Dari segi harga, Super Cub 110 (2024) ditawarkan pada 302,500 yen (RM9,400) dan 363,000 yen (RM11,280) untuk Cross Cub 110.

Seperkara menarik, Honda mensasarkan jualan Cross Cub 110 (2024) lebih tinggi, iaitu 8,700 unit setahun, berbanding  8,000 unit untuk Super Cub 110.

BACA >>> Honda Performance Development (HPD) Kini Jadi HRC US!
BACA >>> Honda X-ADV Special Edition (2024) untuk Eropah dengan Warna Baharu Merah, Kelabu!
BACA >>> Honda CR-V Hybrid Racer (2023), SUV Buas dengan Enjin Hibrid 2.2L Turbo Kembar V6, 800hp!
BACA >>> Jepun Perkenal Edisi Serba Hitam Honda ZR-V BLACK STYLE (2024), Harga RM121k

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Roda2 Tagged With: Honda, Honda Cross Cub (2024), Honda Cross Cub 110, Honda Super Cub 110, Honda Super Cub 110 (2024), Kapcai, Moped, roda2

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Yamaha TMAX 560 25th Anniversary ABS 2026 Jepun Tampil Ciri Unik, Harga RM39.7k
    Yamaha TMAX 560 25th Anniversary ABS 2026 Jepun Tampil Ciri Unik, Harga RM39.7k
  • EV Nasional Pertama Malaysia Perodua QV-E 2026 Lancar, Harga RM80k dengan Model Bateri 'Sewa'
    EV Nasional Pertama Malaysia Perodua QV-E 2026 Lancar, Harga RM80k dengan Model Bateri 'Sewa'
  • DURABIO™ - Usaha Honda Untuk Alam Sekitar, Guna Pada Cermin Motosikal X-ADV, Fairing NT1100
    DURABIO™ - Usaha Honda Untuk Alam Sekitar, Guna Pada Cermin Motosikal X-ADV, Fairing NT1100
  • Honda Malaysia Rai Ulang Tahun ke-25 dengan Hadiah Bernilai hingga RM1 Juta!
    Honda Malaysia Rai Ulang Tahun ke-25 dengan Hadiah Bernilai hingga RM1 Juta!

Pandu Uji

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my