• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / SUV Toyota Crown Signia (2025) Lengkapi Famili Crown di AS, Mampu Tunda Beban 1.2 Tan!

SUV Toyota Crown Signia (2025) Lengkapi Famili Crown di AS, Mampu Tunda Beban 1.2 Tan!

November 16, 2023 By Abang Hirata Leave a Comment

FacebookTwitter


PENGENALAN kenderaan utiliti sukan (SUV) Toyota Crown Signia (2025) di Amerika Syarikat (AS) melengkapkan barisan famili Crown, bermula Crown Crossover, Crown Sport dan Crown Sedan.

Dua model, Crown Crossover dan Crown Signia berada di AS dalam strategi yang dilihat bersesuaian supaya tidak terlalu bergantung kepada lembu perahan RAV4 dan Camry.

Dua model itu memberi perspektif segar, yang mana Crown dengan sejarah hampir 70 tahun mempunyai penjenamaan kukuh dan sinonim dengan kualiti.

Toyota Crown Signia (2025) menggunakan platform TNGA-K dan dijana trenkuasa Toyota Hybrid Electric Vehicle (HEV) dalam pacuan semua roda berasaskan permintaan (On-Demand All Wheel Drive/AWD) sebagai ciri asas.

Pakej hibrid itu menggabungkan enjin 2.5L dengan dwi-motor elektrik yang menghasilkan output kuasa 243hp dengan kotak gear transmisi variabel berterusan elektronik (ECVT).

Model ini turut dilengkapi tiga mod pemanduan: Normal, Eco dan Sport, manakala dalam mod EV pemandu boleh menggunakan kuasa elektrik sepenuh masa pada halaju rendah untuk perjalanan dekat.

Sistem Electronic On-Demand AWD menggunakan motor elektrik berasingan pada bahagian belakang yang berfungsi memacu roda belakang jika diperlukan.

Daya pacuan boleh diagihkan hingga 80 peratus kepada roda belakang untuk membantu gelinciran roda depan. Sistem itu turut meningkatkan ketangkasan di selekoh dengan mengurangkan situasi pembelokan kurang (understeer).

Pembahagian daya tork pula berbeza mengikut situasi daripada nisbah 100:0 pada halaju malar hingga 20:80 atas permukaan licin.

Seperkara menarik, motor belakang membolehkan Toyota Crown Signia (2025) menunda beban hingga 1,224kg, yang mana keupayaan tunda dianggap satu kemestian bagi kenderaan jenis SUV di AS.

Dari segi rekabentuk, SUV ini membawa keseimbangan antara gaya Jepun yang agresif dan keanggunan Amerika.

Bahagian depan mengekalkan identiti yu tukul yang tampak sebati dengan Toyota. Bahagian sisi dibuat ringkas mengikut jenis varian, dan dipasang rim 21 inci.

Bahagian belakang pula menyerlah dengan barisan lampu tipis ibarat mata ninja. Ruang kabin membawa rekaan dan perkakasan Crown lain yang menunjukkan kepakaran Toyota dalam memanfaatkan skala ekonomi.

Skrin kluster instrumen untuk pemandu dan skrin unit infotainment Toyota Audio Multimedia 12.3 inci disepadu seperti satu pusat arahan berkomputer.

Kerusi belakang boleh dilipat dalam nisbah 60:40 dan jika dibaringkan menawarkan ukuran panjang 1.98 meter untuk muatan barang.

Dari segi keselamatan, Toyota Crown Signia (2025) dilengkapi lapan beg udara dengan teknologi bantuan pemandu terbaharu Toyota Safety Sense 3.0 (TSS 3.0).

Toyota menawarkan dua varian sebagai pilihan: XLE dan Limited. Ada lima warna ditawarkan, iaitu Storm Cloud, Finish Line Red, Oxygen White, Black dan Bronze Age. Ruang kabin pula berwarna Saddle Tan atau Hitam.

Toyota Crown Signia (2025) dijangka tiba di pengedar Toyota pada musim panas 2024 (Jun hingga September).

BACA>>> Toyota Crown Sport (2024) Diperkenal di Jepun dengan Enjin Hibrid dan AWD, Harga RM187k
BACA>>> Jip Ikonik Toyota LandCruiser 70 Series (2024) Tiba di Australia, Harga Mula RM226k!
BACA>>> Toyota C-HR (2024) Diperkenal dengan Rekabentuk Dramatik, Enjin Hibrid Sahaja
BACA>>> Toyota Sequoia TRD PRO (2024), SUV 3 Baris Mewah, Lasak untuk AS, Harga Mula RM282 ribu

Toyota Crown Signia
Toyota Crown

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Roda4 Tagged With: Kenderaan Utiliti Sukan (SUV), Roda4, SUV, Toyota, Toyota Crown, Toyota Crown Signia, Toyota USA

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Honda Forza 125 2026 Perkenal Warna Baharu, Edisi Khas di Eropah
    Honda Forza 125 2026 Perkenal Warna Baharu, Edisi Khas di Eropah
  • Morbidelli C252V 2025 - Cruiser 250cc dengan Enjin V-Twin!
    Morbidelli C252V 2025 - Cruiser 250cc dengan Enjin V-Twin!
  • Proton Saga Serba Baharu Catat 10,000 Tempahan Dalam 5 Hari, Satu Setiap 43 Saat!
    Proton Saga Serba Baharu Catat 10,000 Tempahan Dalam 5 Hari, Satu Setiap 43 Saat!
  • Gracshaw Perkenal Tiga Helmet Baharu
    Gracshaw Perkenal Tiga Helmet Baharu

Pandu Uji

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my