• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Modenas Bakal Pasang, Eksport Supersport Kawasaki Ninja ZX-6R

Modenas Bakal Pasang, Eksport Supersport Kawasaki Ninja ZX-6R

November 15, 2023 By Shawkath Leave a Comment

FacebookTwitter


MODENAS bakal memasang model ikonik supersport Kawasaki untuk tujuan eksport, dijangka bermula seawal tahun depan.

Model dimaksudkan itu ialah Kawasaki Ninja ZX-6R. Buat masa ini, semua aspek persiapan sedang dilakukan termasuk penyediaan dua lagi barisan pengeluaran bagi menyokong jumlah pengeluaran untuk aktiviti eksport.

Pembuatan dan pemasangan akan dilakukan di kilang Modenas di Gurun, Kedah dengan jumlah pengeluaran sekitar 1,000 unit setahun, atau mungkin lebih.

Antara pasaran bakal diteroka ialah China dan negara lain. Namun, status rancangan itu cuma akan diketahui tidak lama lagi.

Jumlah itu mungkin nampak kecil berbanding populasi penduduk dan saiz pasaran di China, tetapi perlu diingatkan, Kawasaki ZX-6R ialah model supersport yang tergolong sebagai motosikal niche.

BAKAL JUAL DI MALAYSIA?

Selain tujuan eksport, Modenas dipercayai ada rancangan memperkenalkan ZX-6R versi pemasangan tempatan (CKD) untuk pengguna tempatan bermula 2025.

Perbezaan tempoh setahun itu kerana Modenas mungkin mahu memenuhi kuota eksport terlebih dahulu sebelum memperkenalkan ZX-6R ke pasaran domestik.

Fokus eksport itu bukan eksklusif kepada pasaran tertentu. Jika ada negara asing berminat, peluang eksport terbuka luas. Tiada harga jangkaan untuk ZX-6R CKD, tetapi penulis merasakan mungkin dalam julat RM60,000 seunit.

Bagaimanapun, penulis akui perihal harga masih terlalu awal untuk diramalkan kerana bergantung banyak aspek seperti kekuatan nilai ringgit berbanding yen dan dolar, insentif Kerajaan dan perkara lain.

Sama ada ZX-6R dipasang lencana Modenas atau Kawasaki, perkara itu juga belum diputuskan. Kita tunggu saja pengumuman nanti.

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda2 Tagged With: Auto Terkini, Kawasaki Ninja ZX - 6R, Modenas, Modenas Ninja ZX-6R, roda2, supersport

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Yamaha TMAX 560 25th Anniversary ABS 2026 Jepun Tampil Ciri Unik, Harga RM39.7k
    Yamaha TMAX 560 25th Anniversary ABS 2026 Jepun Tampil Ciri Unik, Harga RM39.7k
  • EV Nasional Pertama Malaysia Perodua QV-E 2026 Lancar, Harga RM80k dengan Model Bateri 'Sewa'
    EV Nasional Pertama Malaysia Perodua QV-E 2026 Lancar, Harga RM80k dengan Model Bateri 'Sewa'
  • DURABIO™ - Usaha Honda Untuk Alam Sekitar, Guna Pada Cermin Motosikal X-ADV, Fairing NT1100
    DURABIO™ - Usaha Honda Untuk Alam Sekitar, Guna Pada Cermin Motosikal X-ADV, Fairing NT1100
  • Honda Malaysia Rai Ulang Tahun ke-25 dengan Hadiah Bernilai hingga RM1 Juta!
    Honda Malaysia Rai Ulang Tahun ke-25 dengan Hadiah Bernilai hingga RM1 Juta!

Pandu Uji

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my