• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Honda Malaysia Buka Tempahan CR-V (2024) Baharu dalam Dua Pilihan Enjin, Lancar Bulan Depan!

Honda Malaysia Buka Tempahan CR-V (2024) Baharu dalam Dua Pilihan Enjin, Lancar Bulan Depan!

November 15, 2023 By Shawkath Leave a Comment

51
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


HONDA Malaysia membuka tempahan model generasi keenam Honda CR-V dengan dua pilihan enjin dan dijangka dilancarkan pada bulan Disember 2023.

Malah anda kini boleh berkunjung ke mana-mana 101 pengedar rasmi Honda Malaysia di seluruh negara untuk membuat tempahan. Berikut ialah perinciannya:

  • Dua pilihan enjin iaitu 2.0L e:HEV dan 1.5L VTEC Turbocharged.
    • CR-V 2.0L e:HEV didatangkan dengan unit Hybrid Traction Motor ditambah baik untuk kelajuan lebih tinggi, menawarkan tork 335Nm dan kuasa 181hp. Sistem transmisi jenis e:CVT.
    • Enjin 1.5L VTEC Turbocharged menjanjikan kuasa 190hp dan tork 243Nm.
  • CR-V juga didatangkan dengan sistem termaju Real Time AWD yang menambah baik agihan kuasa ke semua roda, memastikan pengalaman lebih baik semasa memandu sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV).

Generasi keenam CR-V hadir dengan pelbagai teknologi termaju dan inovasi termaju untuk sebuah SUV. Ini termasuk:

  • Hands-Free Power Tailgate dengan Walkaway Close yang memudahkan akses ke but dengan penutupan pintu automatik semasa pemilik meninggalkan kenderaan.
  • Multi-View Camera System membolehkan pemandu melihat 360º iaitu disekeliling CR-V.

HONDA SENSING

  • Menerima pakej Honda SENSING baharu dengan Wide-Angle Radar serta Camera dan Sonar Sensor untuk Low Speed Braking Control.
  • Teknologi bantuan pemandu pula ada sembilan ciri keselamatan dengan tambahan Adaptive Driving Beam, eksklusif untuk varian e:HEV RS. Ini membantu mengurangkan kesan silau terhadap pengguna jalan raya lain.
  • Sistem Bantuan Kekal Lorong (LKAS) memudahkan jelajah CR-V atas jalan dan lebuh raya.

  • Honda CONNECT juga diperkenalkan pada CR-V baharu untuk menambah baik ketenangan minda, keselamatan, sekuriti dan kemudahan menggunakan fungsi itu menerusi kawalan dari telefon pintar.

REKABENTUK

  • CR-V meneruskan identiti rekabentuk Honda dengan konsep moden yang lebih segar kepada pengguna, menawarkan sebuah SUV yang lebih anggun dengan wajah sofistikated.
  • Varian e:HEV RS menghadirkan rasa yang lebih premium dengan rekaan hadapan memaparkan grill dengan corak mesh, sistem pencahayaan LED penuh untuk depan dan belakang, lampu kabus LED, lampu signal belok LED Sequential.CR-V e:HEV RS menerima pembuka pintu lebih anggun dan rim aloi 18 inci Berlina Black.
  • CR-V e:HEV RS dilengkapi Active Shutter Grille iaitu pertama kali diperkenalkan pada model SUV itu untuk menambah baik ciri aerodinamik dan kecekapan penggunaan bahan api. Ia dipasang di bawah bampar depan untuk mengawal aliran udara ke dalam ruangan enjin untuk proses sejukan bila diperlukan.
Honda CR-V 2023 - 1
Honda CR-V 2023 - 2
Honda CR-V 2023 - 3
Honda CR-V 2023 - 4
Honda CR-V 2023 - 5
Honda CR-V 2023 - 6

Related

51
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda4 Tagged With: Auto Terkini, Honda CR-V, Honda Malaysia

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Beli Skuter Elektrik Yadea Velax, Dapat Rebat Hingga RM2.4k!
    Beli Skuter Elektrik Yadea Velax, Dapat Rebat Hingga RM2.4k!
  • Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!
    Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!
  • Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
    Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
  • BYD Seal U DM-i Hangat di UK, Jarak Pandu Lebih 1,200 km, Lebih 10 Ribu Terjual Dalam 10 Bulan
    BYD Seal U DM-i Hangat di UK, Jarak Pandu Lebih 1,200 km, Lebih 10 Ribu Terjual Dalam 10 Bulan

PANDU UJI

GAC Emkoo 2025

Media Malaysia Pandu Uji GAC Emkoo 2025 Menjelang Debut, Harga Mula Dijangka RM120k?

PENGEDAR sah jenama GAC Motor di Malaysia, WTC Automotif hari ini … [Baca Lagi...]

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev