• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / DBKL Sedia 14 Parkir Bertingkat untuk Atasi Lambakan Kenderaan di Pangsapuri PA, PPR

DBKL Sedia 14 Parkir Bertingkat untuk Atasi Lambakan Kenderaan di Pangsapuri PA, PPR

November 14, 2023 By Han Othman Leave a Comment

FacebookTwitter


DEWAN Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) membangunkan fasiliti 14 parkir kereta bertingkat di 14 kawasan Perumahan Awam (PA) dan Projek Perumahan Rakyat (PPR) dalam usaha menangani isu lambakan kenderaan persendirian dan kekurangan parkir di kawasan berkenaan.

DBKL dalam satu kenyataan memaklumkan pembinaan fasiliti itu menyediakan 7,000 parkir kereta yang mengambil kira kepadatan penduduk tinggi dan keluasan tapak sedia ada.

Antara kawasan PA dan PPR yang kini mempunyai fasiliti itu ialah PPR Pekan (Kepong), PA Seri Sabah (Bandar Tun Razak), PPR Jelatek (Titiwangsa) dan PPR Seri Pantai (Lembah Pantai).

Menurut DBKL, dasar awal penyediaan parkir kereta adalah satu perempat (empat unit rumah PPR/PA bersamaan sebuah kereta) daripada jumlah unit disediakan di kawasan dengan lingkungan 80 hingga 300 parkir kereta.

Dasar tersebut ditetapkan berdasarkan status penyewa yang terdiri daripada golongan miskin tegar, miskin dan miskin bandar.

“Bagaimanapun, pertambahan bilangan kenderaan bagi sesuatu kawasan naik mendadak pada 2010 kerana unit perumahan sedia ada meningkat disebabkan pertumbuhan generasi sesuatu keluarga,” kata DBKL.

Semalam, Bernama melaporkan mengenai isu lambakan kenderaan persendirian dan kekurangan parkir kenderaan di PPR, strata kos rendah dan sederhana di ibu negara yang mendatangkan keresahan dalam kalangan penduduk dan orang awam.

Pelbagai jenis kenderaan termasuk bas, van dan kereta yang diletakkan sembarangan seperti parkir berganda di tepi jalan dan hentian bas hingga menghalang pergerakan kenderaan lain yang melalui kawasan berkenaan.

Menruut DBKL, sehingga tahun ini, terdapat 67 kawasan PA dan PPR yang terletak di 11 kawasan Parlimen Kuala Lumpur dengan sebanyak 61,534 unit ditawarkan kepada orang awam.

SUMBER: Bernama

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, DBKL, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Parkir Bertingkat Perumahan Awam dan PPR, Perumahan Awam (PA), Projek Perumahan Rakyat PPR)

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Yamaha TMAX 560 25th Anniversary ABS 2026 Jepun Tampil Ciri Unik, Harga RM39.7k
    Yamaha TMAX 560 25th Anniversary ABS 2026 Jepun Tampil Ciri Unik, Harga RM39.7k
  • EV Nasional Pertama Malaysia Perodua QV-E 2026 Lancar, Harga RM80k dengan Model Bateri 'Sewa'
    EV Nasional Pertama Malaysia Perodua QV-E 2026 Lancar, Harga RM80k dengan Model Bateri 'Sewa'
  • DURABIO™ - Usaha Honda Untuk Alam Sekitar, Guna Pada Cermin Motosikal X-ADV, Fairing NT1100
    DURABIO™ - Usaha Honda Untuk Alam Sekitar, Guna Pada Cermin Motosikal X-ADV, Fairing NT1100
  • Honda Malaysia Rai Ulang Tahun ke-25 dengan Hadiah Bernilai hingga RM1 Juta!
    Honda Malaysia Rai Ulang Tahun ke-25 dengan Hadiah Bernilai hingga RM1 Juta!

Pandu Uji

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my