• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Anthony Loke: Kerajaan Belum Sedia Naikkan Tambang Perkhidmatan e-Hailing

Anthony Loke: Kerajaan Belum Sedia Naikkan Tambang Perkhidmatan e-Hailing

November 14, 2023 By Azhan O Leave a Comment

FacebookTwitter


KERAJAAN belum berhasrat mengawal selia tambang perkhidmatan e-hailing dan akan mengekalkan dasar sedia ada buat masa ini, kata Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook.

Loke berkata, Kerajaan tidak melakukan kawalan harga atau menetapkan harga lantai pada kadar diberikan kepada pemandu kerana perlu melihat imbangan kadar upah pemandu secara keseluruhan.

Bagi saya, apa yang diminta untuk dinaikkan kadar akan memberi implikasi pada harga tambang pengguna… Jadi kita perlu lihat pada satu perimbangan bahawa e-hailing ini menggunakan satu sistem mekanisme harga dinamik iaitu bergantung kepada penawaran dan permintaan.

“Setakat ini dasar sedia ada kita kekalkan, tetapi kita akan terus berhubung dan adakan perbincangan dengan syarikat e-hailing dari semasa ke semasa supaya kita dapat cari satu kaedah tanpa Kerajaan meletakkan syarat selain melihat apakah insentif boleh diberikan syarikat e-hailing kepada pemandu untuk tingkatkan pendapatan mereka,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sesi jawab lisan di Dewan Rakyat hari ini ketika menjawab pertanyaan Datuk Larry Soon (PBM-Julau) mengenai tindakan Kementerian berhubung isu harga tambang terlalu rendah hingga merugikan pekerja sektor ekonomi gig.

Menjawab soalan tambahan Khairil Nizam Khirudin (PN-Jerantut) mengenai pembaharuan kepada penggiat industri teksi seluruh negara, Loke berkata penggiat industri teksi digalakkan turut sama menggunakan sistem e-hailing.

Berdasarkan dasar sistem e-hailing ketika ini, beliau berkata pemilik kenderaan persendirian dan pemilik teksi dibenarkan terlibat dalam sektor e-hailing sekali gus, beroperasi dalam dua sistem iaitu straight hailing dan e-hailing.

SUMBER: Bernama

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda4 Tagged With: Anthonyn Loke Siew Fook, Auto Terkini, e-Hailing, grab, Kementerian Pengangkutan, Menteri Pengangkutan, Perkhidmatan e-Hailing, Tambang e-Hailing

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
  • #TahukahAnda: Bagaimanakah Prosedur Tukar Enjin Kenderaan di JPJ?
    #TahukahAnda: Bagaimanakah Prosedur Tukar Enjin Kenderaan di JPJ?
  • Inilah 10 Lagu Raya Buat Air Mata Meleleh Sempena PKP 3.0
    Inilah 10 Lagu Raya Buat Air Mata Meleleh Sempena PKP 3.0

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev