Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Bikin Auto»#BikinAuto: Toyota FJ Bruiser – Trak Pikap FJ45 yang DIbikin Jadi Rock Crawler dengan Enjin V8 NASCAR!
Bikin Auto

#BikinAuto: Toyota FJ Bruiser – Trak Pikap FJ45 yang DIbikin Jadi Rock Crawler dengan Enjin V8 NASCAR!

Abang HirataBy Abang Hirata08/08/2024
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


DUNIA modifikasi kereta di Amerika Syarikat (AS) memang menarik diikuti dengan pelbagai jenis format sama ada kereta jalanan hingga off-road yang kemudian dipisahkan kepada beberapa kategori lagi.

Antaranya rock crawling yang melibatkan laluan merentasi bongkahan batu atau pelbagai bentuk halangan lain.

Contoh kenderaan diubah suai itu dipamerkan Toyota menerusi trak pikap FJ Bruiser sempena acara Persatuan Pemasaran Barangan Khas (SEMA) 2023. Asalnya ialah trak pikap FJ45 1966 yang juga dibuat sempena meraikan Land Cruiser baharu.

FJ Bruiser itu bukan saja mampu melepasi bongkahan batu, tetapi lebih daripada itu atau ke mana saja. Projek ini di bawah Toyota Motorsports dan apa dilakukan adalah menghubungi divisyen Toyota Racing Development (TRD) di Costa Mesa, California.

Trenkuasa asal diganti enjin versi ubah suai TRD 358 inci padu (5,866cc) V8 yang digunakan dalam kejuaraan NASCAR Cup Car dengan output kuasa 725hp.

Kekuatan enjin dipindahkan melalui kotak gear lumba 3-kelajuan daripada Rancho Drivetrain Engineering dengan ekzos MagnaFlow melepaskan hiburan telinga yang kuat.

Setia dengan cara lama, FJ Bruiser kekal menggunakan gandar tegar (solid axle). Diferensial belakang pula daripada Currie dan kotak pindahan dibekalkan Advanced Adapter Atlas dengan fungsi 4-kelajuan 2WD dan 4-kelajuan 4WD.

Pakej pacuan tersebut membolehkan FJ Bruiser menjelajah halangan pada kelajuan 19kmj dan rev enjin 7,000rpm dalam gear paling rendah.

Tidak hanya merentasi halangan, FJ Bruiser juga boleh memecut hingga 265kmj @ 7,000rpm dalam gear tertinggi. Sekiranya ada batuan atau objek lain di bawah, sistem trek ala kereta kebal boleh digunakan untuk melepasi permukaan di bawah.

Trek daripada CAMSO boleh dikawal dari dalam trak pikap tanpa perlu keluar memasang winc. Mod ‘kereta kebal’ boleh dihidupkan menggunakan butang.

Ubah suai komponen moden dan mengekalkan identiti trak pikap klasik FJ tidak mudah. Pasukan ubah suai membina casis tiub penuh dan frem keselamatan yang mana struktur baharu itu dipadankan pada badan FJ.

komponen suspensi terdiri daripada absorber Fox dan spring Eibach, manakala tayar BF Goodrich Krawler T/A KX saiz 42 inci dipakaikan kepada rim Method Beadlock 20 inci.

Bahagian dalaman juga tidak kurang hebat hasil kerjasama Complete Customs. Kerusi MOMO Daytona EVO dibalut semula, manakala stereng MOMO Jackie Stewart 1968 menemani pemandu melepasi halangan mencabar atau menikmati tiupan angin di jalan raya.

Auto Terkini Bikin Auto Bikin Kereta NASCAR Cup Car Roda4 Toyota Toyota FJ Bruiser Toyota FJ45 1966 Trak pikap
Abang Hirata

Artikel Berkaitan

Roda4

Porsche Pertimbang Satukan Model Taycan dan Panamera

10/03/2026
Auto Terkini

Chery TIGGO 7 Raih Empat Penarafan Keselamatan Lima Bintang Global

10/03/2026
Auto Terkini

JPJ Bakal Guna Dron Teknologi Tinggi Dalam Ops Hari Raya Aidilfitri

10/03/2026
Auto Terkini

Geely Auto No.1 di China 2 Bulan Berturut-Turut!

10/03/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Aveta Bellagio 125
Roda2

Aveta Bellagio 125 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM6,998!

By Syafie05/03/2026
Aveta Viper 180
Roda2

Aveta Viper 180 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,998!

By Syafie05/03/2026
CFMoto Papio Racer 2026
Roda2

‘Fun Bike’ 126cc Gaya Lumba, CFMoto Papio Racer 2026 Tiba di Malaysia!

By Shazwan Hisam06/03/2026
Mforce sedang bangunkan model konsep Skuchai
Roda2

Mforce Labur RM10 Juta Bangunkan Konsep Motosikal Baharu ‘Skuchai’

By Shazwan Hisam06/03/2026
Mitsubishi Triton Championship Edition 2026
Trak dan Lori

Mitsubishi Triton ‘Championship Edition’ 2026 Diperkenal, Harga Mula RM155.9k!

By Syafie06/03/2026
Autotainment

#TahukahAnda: Selamatkah Memandu dengan Tayar Donat? Bolehkah Dipandu Laju?

By Han Othman08/03/20261
KTMB tambah tren untuk balik raya Aidilfitri 2026
Auto Terkini

KTMB Tambah 26 Tren Khas Raya 2026, Lebih 8,000 Tempat Duduk Sehari

By Shazwan Hisam03/03/2026
Moto Morini Alltrhike 450
Roda2

Moto Morini Alltrhike 450 Lancar di Malaysia, Harga RM28,888

By Shazwan Hisam06/03/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.