• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Video Tesla Model X Terbakar dalam Laut

Video Tesla Model X Terbakar dalam Laut

November 10, 2023 By Shawkath Leave a Comment

FacebookTwitter


SEBUAH Tesla Model X di Hollywood, Florida (Amerika Syarikat) dirakam terbakar di dalam laut dalam satu kejadian pada 1 Oktober lalu.

Insiden berlaku di Polk Street Boat Ramp di Hollywood semasa pemandu wanita Tesla itu sedang menurunkan beberapa jet ski ke permukaan air.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by THEQUALIFIEDCAPTAIN (@thequalifiedcaptain)

Sebelum kejadian karam berlaku, pemandu Model X itu dikatakan mengundurkan SUV itu untuk melepaskan beberapa jet skit ke permukaan air laut. Facebook Hollywood Professional Firefighters juga memaparkan sudut lain video kebakaran dalam air itu:

Dalam perkongsian agensi itu, pihaknya menyatakan SUV itu 'hilang cengkaman (roda)' sebelum tergelincir ke dalam laut. Ini kenyataannya:

Air laut bertindak balas dengan elektronik kenderaan lalu menyebabkan kejadian litar pintas, menyebabkan percikan dan kebakaran di bawah air untuk suatu tempoh.

"Api kebakaran dibiarkan terbakar bawah air sehingga terpadam sendiri. Selepas itu, kenderaan itu dibawa naik ke atas sebuah kenderaan pembawa secara berhati-hati dan diekori jentera bomba ke depoh simpanan.

"Kenderaan itu disimpan secara terasing untuk beberapa hari sebagai langkah berjaga-jaga jika berlaku nyalaan kebakaran semula.

Portal Carscoops melaporkan pemandu Tesla menerima mesej amaran untuk keluar dari SUV itu namun, pintu kuasa SUV itu menghalangnya keluar. Dia bernasib baik kerana suami segera membantu menyelamatkannya sebelum Model X tenggelam sepenuhnya. Tiada sesiapa cedera dalam insiden itu.

SUMBER: Instagram | Carscoops

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, Polk Street Boat Ramp, Roda4, Tesla, Tesla Model X, Tesla Terbakar, tular, videotomotif, Viral

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Sekitar Lembah Klang Tutup Sempena Sidang Kemuncak ASEAN
    Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Sekitar Lembah Klang Tutup Sempena Sidang Kemuncak ASEAN
  • Lelaki Curi Kenderaan Majikan Terlibat Dua Kemalangan Sebelum Maut Dirempuh Lori
    Lelaki Curi Kenderaan Majikan Terlibat Dua Kemalangan Sebelum Maut Dirempuh Lori
  • AFA Prime: Projek Lebar Lebuhraya KL-Karak Bermula Q2 2025
    AFA Prime: Projek Lebar Lebuhraya KL-Karak Bermula Q2 2025

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev